Aku Nazmi merupakan sebuah karya berdasarkan kisah benar yang berlaku. Kisah seorang OKU yang jatuh hati dengan seorang gadis bisu yang mendapat tentangan dan halangan daripada ibu gadis tersebut.
Telefilem ini mendapat perhatian ramai dari kalangan peminat drama TV tanah air dengan lakonan hebat barisan pelakon dimana mereka perlu belajar "sign language" untuk menjayakan cerita ini. Sebuah kisah yang jarang diangkat dalam sebuah drama TV.
Telefilem Aku Nazmi memberitahu masyarakat luar bahawa dalam dunia ini semua orang mempunyai jiwa dan perasaan walaupun seorang OKU. Terkadang kita tidak peduli akan golongan seperti mereka ini. Kita mungkin prihatin dari segi keselamatan, kesihatan dan penjagaan mereka.
Namun, adakah kita ambil tahu akan hati dan perasaan mereka? Terkadang kita lupa bahawa mereka juga punya hati untuk jatuh cinta, saling mengasihi dan berkahwin seperti orang normal yang lain.
Sedikit sebanyak sebanyak kisah telefilem Aku Nazmi ini berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat. Bahawa kita seharusnya lebih prihatin kepada mereka yang OKU ini dalam soal jodoh dan perkahwinan. Bukannya membiarkan malah memandang sinis pula kepada golongan seperti ini dalam soal jodoh untuk mereka.
Nazmi Kamarulzaman yang juga merupakan penulis skrip cerita ini juga seorang OKU yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental untuk berjaya. Semangatnya ini seharusnya dijadikan contoh kepada kita terutamanya anak muda untuk mencapai impian dalam hidup.
TELEFILEM AKU NAZMI
Waktu siaran : Jumaat, 17 Februari 2023 pukul 8:30 malamSiaran TV : Slot Skrin di 9 TV9
Penulis skrip : Sofia J Rhyland
Idea asal : Nazmi Kamarulzaman
Pengarah : Azman Hj Yahya
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.
PELAKON DAN WATAK
- Jay Iswazir sebagai Nazmi
- Ayda Jebat sebagai Ilya
- Sheila Rusly sebagai Puan Juha
- Dayana Roza
- Fathi Shafie
- Noralbaniah
SINOPSIS TELEFILEM AKU NAZMI
Mengisahkan Nazmi yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan dalam talian dengan bantuan sepupunya, Rafi. Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya bernama Ilya, seorang gadis pekak dan bisu.
Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat tetapi Puan Juha, ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka.
Adakah Nazmi berjaya menyunting Ilya sebagai isterinya?
Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat tetapi Puan Juha, ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka.
Adakah Nazmi berjaya menyunting Ilya sebagai isterinya?
Jay ni antara pelakon yang underrated sedangkan lakonan dia okey
ReplyDeleteBetul, sama macam Amerul Affendi tu kan..berbakat.
Delete