Header Ads

Singgah Makan Ikan Bakar Di D Anjung Ikan Bakar


Sebelum check in, kita isi perut duluan. Sebenarnya kalau ke Melaka berhajat nak makan asam pedas. Masa singgah di Pantai Siring, ada kedai asam pedas tapi tutup. Lepas tu encik suami suggest makan di Kedai makan D' Anjung Ikan Bakar ni. Jalan nak ke entrance Pulau Besar kot kalau tak silap lah.

D' Anjung Ikan Bakar kedainya satu je di situ. Besar, luas, bersih dan selesa lah. Kami pesan ikan bakar siakap bersambal dan kailan ikan masin. Satu nasi putih dan satu nasi lemak. Minuman pula, teh O ais dan saya pesan air suam. Air masak kosong memang disediakan percuma. Kena ambil sendiri.

Disini tempat pesan makanan. Harga dan menu dah terpampang siap di belakang tu. Senang nak pesan dan buat kira-kira ikut bajet.

d anjung ikan bakar menu

Mulanya risau nak pesan ikan siakap sejak naik kayangan. Tapi tengok harga macam okay lagi ikut bajet. Okaylah pesan ikan siakap ini kalilah. Sesekali, bukan selalu. 

Disebabkan tak ramai orang masa tu. Ada 2 meja je pelanggan, jadi pesanan kami cepat jugalah sampai. Alhamdulillah..perut pun lapar meminta-minta untuk diisi. Sedang eloklah makanan sampai cepat.

d anjung ikan bakar menu

Ikan siakap bakar bersambal sedap. Isi ikan yang segar dan sambal yang tak berapa pedas. Sesuai untuk yang bukan pempedas. Untuk yang pemakan pedas, wajib cicah dengan sambal kicap tu. Padu! Pedas berapi. Pendek kata, ikan bakar siakap bersambal yang menepati selera.

Kailan ikan masin tak ada apa nak komen. Sedap je. Nasi lemak tu memang dia letak 3 bungkus. Tapi encik suami makan satu je. Cukuplah katanya. Taknak makan banyak. Porsi nasi lemak dia sikit je. Kalau makan nasi lemak semata-mata memang kena 2 bungkus baru kenyang kot.

Disebabkan saiz ikan siakap yang agak besar, encik suami makan sebungkus je sebab nak meratah ikan lagi kan. Kenyang sangat nanti susah juga cepat mengantuk.

Pesanan menu
Nasi putih x1
Nasi lemak x1
Ikan siakap bakar sambal
Sayur kailan ikan masin
Teh O ais
Air suam/masak
Total semuanya RM46

Sebenarnya ada je menu asam pedas. Tapi dah ada ikan bakar, asam pedas kalah dengan ikan bakar. Lain kali datang Melaka kita pekena asam pedas pula. Kalau datang ke Merlimau bolehlah makan asam pedas atau ikan bakar di D'Anjung Ikan Bakar ni. Sedap dan harga pun berpatutan.

Parkir pun disediakan. Tak kalut nak cari parkir.

D'Anjung Ikan Bakar 

Ikan Bakar Muara Duyung (2) Anjung Batu
km. 15, Jalan Jeti Anjung Batu, 77300 Merlimau, Melaka

18 comments:

  1. Sedapnya ikan bakar..macam teringin pulok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ikan bakar. Makan panas panas dengan sambal pedas. Sodap!

      Delete
  2. Pernah makan kat sini..ntah kenapa masa tu servis lambat padahal kami pelanggan pertama yg sampai dan booked...miss communication maybe...sejak tu x pergi dh makan kat sini ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak. Mungkin jugalah tu. Kalau bad experience ni confirmlah tak akan datang lagi.

      Delete
  3. Kalau sedap bolehlah ulang datang lagi
    Harga pun mesra pelanggan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Dapat layanan cepat, dan sedap pula. Mmemang berbaloi dan boleh datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...service cepat masa tu. Ada rezeki boleh datang singgah makan lagi.

      Delete
  5. Kalau makan ikan bakar cuma berdua, memang kita terpaksa makan nasi sikit je sebab nak perabih ikan ๐Ÿ˜„

    Belum pernah makan di sini. Menarik untuk dicuba kalau ke Merlimau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, begitulah sebab nak makanan habis. Kalau tak habis membazir pula nanti. Boleh siap siap letak dalam list.

      Delete
  6. Dulu2 CUya selalu gak makan ikan bakar dengn keluarga.. Best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dengan family memang best Cuya. Seronok juga kan sesekali makan kat luar.

      Delete
  7. Memang murah.
    Betul itu kalau akakpun kurang makan nasi ratah lauk. Nasib baik sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga masih dalam bajet okaylah kan. Ye, syukurlah sedap menepati selera.

      Delete
  8. Kira ok harga dorg caj. Paling best kalau bakar ikan dgn famili, tapi apa blh buat, malas.....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pada saya pun harganya masih OK lagi. Setuju tu kak, ramai ramai seronok bakar-bakar ni. Makan pun berselera lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.