Bunga orkid ni jenis kelopak lembut. Macam jarang nampak tapi menarik ada tona warnanya. Tengah-tengah bunga warna ungu gelap.
Orkid ungu gelap ni macam biasa nampak. Pencinta bunga orkid tahulah jenis-jenis orkid kan. Saya sekadar suka tengok. Meminati atau nak buat koleksi tu tidaklah. Sebab saya jenis suka pokok berdaun hijau gitu.
Padahal bukan suka warna hijau pun. Tapi sebab pokok hijau tu sedap mata memandang, tolak tepi tak suka hijau. Cukup kukuh tak alasan tu. hihi...
Tak tahu pula daun rerama ada keluarkan bunga. Ingatkan pokok ni hanya sekadar daun rerama sahaja. Cantik juga bunganya macam bunga loceng rupa paras dia cuma versi saiz mini.
Yang ni pula mak tanam terus dalam tanah. Tanam sebaris nampak menarik je bila berbunga banyak-banyak macam ni. Orang panggil bunga bawang atau fairy lily.

Warna macam fuschia (pinkish-purplish-red color,). Nak kata purple macam tak, nak kata pink macam tak juga. Senang kata warna fuschia lah gitu.
Gambar bunga warna ungu diambil bulan lepas. Bulan ni belum balik kampung lagi. Nanti balik kampung, kita melawat kebun bunga mak lagi.
Begitulah terapi mak-mak kita yang duduk di kampung bila minat bunga ni. Selain tanam sayur atau tanaman yang boleh dimakan, tanam bunga buat tambah seri rumah.
Antara warna kegemaranku.
ReplyDeleteOhhh..akak suka warna ungu ye.
DeleteCantiknya orchid tu...akak suka tapi tu la..bila berhajat je nak tanam kat rumah kena hijck ngan Pak Zain...
ReplyDeleteHihi..tak dapat nak tolong tu kak. Jangan berani² tanam dalam kebun Pak Zain :)
DeleteSedap mata memandang. Setiap ciptaan Allah memang tiada bandingannya.
ReplyDeleteSetiap ciptaan Allah itu indah :)
Delete