Siaran Lansung Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton siaran lansung Gempak Most Wanted Awards 2022 pada hari Ahad, 26 Februari 2023 pukul 9:00 malam dipancarkan eksklusif menerusi platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube, Facebook Astro Gempak dan Sooka.

Gempak Most Wanted Award 2022 bersiaran lansung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dengan tema Aesthetic FUNtastic.

Malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2022, pengiktirafan terbesar dunia digital Malaysia. Menampilkan barisan artis popular serta pempengaruh ternama dikemudikan oleh 4 hos amazing iaitu Elly Mazlein, Radin, Sean Lee dan Amelia Henderson. 

Siaran Lansung Gempak Most Wanted Awards 2022

GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2022

Waktu siaran : Ahad, 26 Februari 2023 pukul 9:00 malam 
Siaran TV : Astro Ria, Strim Astro GO dan Sooka
Venue : Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam
Pengacara : Elly Mazlein, Radin, Sean Lee dan Amelia Henderson 

Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022)

GMWA 2022 mengangkat prestasi dan reputasi mereka sebagai digital content creator yang sedang meningkat naik untuk mencipta nama sejajar dengan yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan digital.

GMWA 2022 akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan De Fam, Bunkface, Haqiem Rusli, The Gadys, Sara Sisters dan ramai lagi sekali gus meletakkan pentas kemuncak anugerah ini setanding kemegahan malam anugerah Grammy Awards yang pasti akan mengujakan semua penonton.

Pembukaan Gempak Most Wanted Awards 2022 dimulakan dengan acara Karpet Magenta yang akan dihoskan oleh Isha Norsham dan Daniel Cheang di mana akan turut menjadi hos kepada Gempak Most Wanted Award 2022 Live+ menerusi platform digital Astro Gempak.

Gempak Most Wanted Awards 2022 ini juga dikuasakan oleh Astro Fibre. Dengan proposisi 'Ini Bukan Sembang Kencang, Ini barulah Wifi Kencang!

9 Kategori Gempak Most Wanted Awards 2022 dipertandingkan. Siapakah yang akan menjadi pemenang setiap kategorinya. Saksikan siaran lansung Gempak Most Wanted Awards 2022 di Astro Ria dan strim Astro Go.

9 Kategori Gempak Most Wanted Awards 2022

  • Video Trending Tergempak 2022
  • Digital Content Creator Tergempak 2022
  • Digital Influencer Tergempak 2022
  • Drama Trending Tergempak 2022
  • Video Muzik Tergempak 2022
  • Lagu Trending Tergempak 2022
  • Motivator Digital Tergempak 2022
  • Personaliti Gamer Tergempak 2022
  • Selebriti Digital Tergempak 2022

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment