Drama Limbai Cinta 2 (TV1)

Drama Limbai Cinta 2, sebuah drama bersiri epik Sabah musim 2 mula bersiaran pada 18 Februari 2023 setiap Sabtu dan Ahad pukul 7:00 malam di Slot Seleksi Widuri TV1.

Limbah Cinta 2 menyajikan kisah perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum untuk mempertahankan "Deasoka" daripada ancaman lanun berpaksikan pimpinan seorang pemuda Bajau bernama Mastur. Cabaran hero, bukan kepalang.

Meskipun bergadai nyawa dan kehilangan orang-orang tersayang, jiwanya tetap kental memimpin penduduk Deasoka menentang lanun-lanun durjana.

Secara tidak lansung, Limbah Cinta 2 juga mengangkat budaya Bajausama dan Dusun turut mengetengahkan tempat-tempat yang menarik di Sabah. Dari ceruk paya, laut, sawah menghijau, pantai memutih hinggalah Akinabalu yang tersergam indah, panorama indah yang bakal menarik penonton untuk datang ke negeri Sebah di Bawah Bayu.

LIMBAI CINTA 2

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 18 Februari 2023
Waktu Siaran : Sabtu-Ahad, pukul 7:00 malam
Siaran TV : Slot Seleksi Widuri TV1
Idea Asal : Ebi Kornelis
Penulis skrip : Zaharuddin Md Desa/ Ebi kornelis
Pengarah : Ebi Kornelis
Produksi : Empayar Bayu Sdn. Bhd.

tonton limbai cinta 2 tv1 online

PELAKON

  • Abdul Kamis Sainali
  • Syamlie
  • Tati Eliana Tonny
  •  Raiza Ruhila
  • Flores Cuthbert
  • Ebi Kornelis

SINOPSIS DRAMA LIMBAI CINTA 2

Kisah perjuangan pahlawan Bajau dan Dusun mempertahankan tanah air mereka daripada tergadai. Mastur mempertahankan kampungnya dari dikacau oleh lanun-lanun. Sebelum usahanya berjaya, Mastur telah belajar seni mempertahankan diri dengan Tok Guru Sunan. Orang kampung turut membantu kampung dari di tawan lanun.

2 comments:

  1. Dulu saat masih di Aceh, karena ada parabola jadi bisa menangkap siaran dari tv1, tv2 dan TV3 Malaysia. Dulu sangat lah itu. Sekarang tak bisa, jadi tak bisa nak menonton serial atau filmnya lagiπŸ˜…. Padahal kliatan menarik kalo baca sinobsis nya kak πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? baru tahu pasal tu. Tapi sekarang boleh tengok live streaming dari website.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.