Filem Irama Kita

Azhafizah MN
2
Tonton Filem Irama Kita, sebuah filem khas Tonton Original dibintangi pelakon Aiman Tino, Fara Nadiah, Ahmad Adly, Kahoe Hon, Arena Wan dan ramai lagi. Filem Irama Kita mula ditayangkan di platform Tonton pada 23 Februari 2023.

FILEM IRAMA KITA

Mula siaran : 2023
Penulis skrip : Rozie Rashid & Liza Nur
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Zamriez Golden Pictures

filem irama kita full movie tonton online

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Tino sebagai Kef
  • Fara Nadiah sebagai Izi
  • Kahoe Hon sebagai Alvin
  • Ahmad Adly sebagai Syafiq
  • Arena Wan sebagai Raysha
  • Fikry Kiki

SINOPSIS FILEM IRAMA KITA

Kisah tentang empat sekawan yang memulakan band 'The Dreamers' iaitu antara Izi, Kef, Syafiq, dan Alvin terpaksa melalui pelbagai dugaan untuk menjadikan muzik sebagai profession mereka.

Izi, seorang anak ketua kampung yang bijak ditegah bermain drum dan disuruh menjadi wanita tipikal yang lemah-lembut oleh ayahnya. Kef mendapat sokongan papanya untuk belajar muzik tetapi digalakkan untuk menyertai ibunya di US, yang akan menjauhkan dia dari The Dreamers.

Syafiq pula merupakan seorang pemain gitar dan pencipta lagu berbakat dikekang dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil. Alvin yang selalu berlagak happy-go-lucky sebenarnya mendapat tentangan daripada ibunya yang mahukan dia serius dalam pelajaran.

Walaupun cita-cita mereka belum tentu kesampaian, mereka telah menempuh pelbagai pengalaman yang cukup mematangkan lalu membuktikan betapa cintanya mereka pada muzik. Antara minat dan restu keluarga.

Adakah usaha mereka untuk mengejar impian dalam bidang muzik akan tercapai? Tonton Filem Irama Kita menerusi platform Tonton.

LAGU TEMA (OST) FILEM IRAMA KITA

Lagu : Irama Kita
Penyanyi : Aiman Tino

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment