Koleksi Surah Dan Ucapan Israk Mikraj 1444H (2023)

Azhafizah MN
By -
0
Israk Mikraj 2023 di Malaysia jatuh pada hari Sabtu, 18 Februari 2023 bersamaan 27 Rejab 1444H. Peristiwa agung Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting dalam Islam di mana Baginda Rasulullah SAW dibawa dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa kemudian diangkat ke langit dalam hanya satu malam. 



Ini menunjukkan keagungan kuasa Allah SWT. Umat Islam wajib meyakini peristiwa ini sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Marilah kita mengambil ibrah dari peristiwa ini dengan penuh penghayatan dan ketakwaan. 

Salam Israk Mikraj 1444H/ 2023

Koleksi Surah Dan Ucapan Israk Mikraj 1444H (2023)

Koleksi Ayat/ Surah Al-Quran Dan Ucapan Salam Israk Mikraj 1444H (2023)

Salam Israk Mikraj 1444H
Firman Allah swt, maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” —Surah Al-Baqarah 2 : 3

Salam Israk Mikraj 1444H
Firman Allah SWT,

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ⁣

Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” —Surah Al-Israa’ 17:1

Salam Israk Mikraj 2023 1444H

Selamat memperingati Israk Mikraj 1444H
Firman Allah SWT, maksudnya : “Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.”—Surah Al-Isra’ 17 : 60

Selamat memperingati Israk Mikraj 1444H
Cahaya di antara cahaya. Allah membimbing siapa yang Dia kehendaki menuju cahaya"—Surah An-Nur : 24 : 35

Selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj 1444H
Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.—Surah al-Ahzab 33 : 21

Salam Israk Mikraj 1444H
Marilah kita jadikan peristiwa Israk Mikraj sebagai momentum dalam kehidupan untuk tetap tawaduk dan bertakwa kepada Allah SWT.

Salam Israk Mikraj 1444H/2023
Marilah bersama-sama menghayati makna dan roh disebalik peristiwa israk dan mikraj. Ia bukan sahaja mampu melahirkan keimanan takwa yang tinggi malah mencetuskan semangat jihad serta dakwa yang berterusan.

Salam Israk Mikraj 1444 Hijrah
Semoga syafaat Nabi Muhammad SAW selalu menyertai kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Selamat memperingati Israk Mikraj 1444H
Semoga kita sentiasa dapat meneladani Nabi Muhammad SAW

Salam Israk Mikraj 2023
Semoga kita semua menjadi umat Islam yang selalu mengenang perjalanan suci Rasulullah SAW. 

Salam Israk Mikraj 1444H
Mari jadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai dorongan bagi kita untuk memperbanyak melakukan amal kebaikan dan beribadah kepada Allah SWT.

Selamat memperingati Israk Mikraj 1444H
Semoga kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW dapat mengingatkan kita kembali pada kuasa dan kebesaran Allah SWT.

Selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj 1444 H
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahi nikmat dan kurnia-Nya kepada hambaNya. Semoga syafaat Rasulullah SAW selalu menyertai perjalanan hidup kita di dunia. Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj 1444 H
Semoga kita sentiasa mendapatkan berkah yang melimpah dari Allah SWT

Salam Israk Mikraj 2023
Marilah kita memohon berkat dan pengampunan dari Allah SWT. Semoga kita selalu dalam lindungan-Nya. Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Salam Israk Mikraj 1444H
Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah mengutus Nabi Muhammad SAW untuk membimbing kita semua dari kegelapan ke jalan yang penuh cahaya terang. Semoga syafaat Nabi Muhammad SAW senantiasa menyertai hidup kita baik di dunia mahupun di akhirat.

Selamat memperingati Israk Mikraj tahun 1444 Hijrah
Meskipun roda kehidupan terus berputar, tapi tetap jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan untuk memberi panduan. Semoga Allah SWT selalu memberkahi kita semua. InshaAllah

Salam Israk Mikraj 2023
Mari kita jadikan peringatan Israk Mikraj ini sebagai awal untuk meningkatkan lagi amal ubudiyyah kita kepada Allah SWT sesuai dengan sunnah Rasulullah. Semoga kita selalu mampu menjaga solat dengan baik.

Salam Israk Mikraj 2023
Marilah kita memanfaatkan saat ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Salam Israk Mikraj 2023
Sebuah intisari perjalanan yang agung menuju kesempurnaan iman dan takwa sebagai intisari-intisari kehidupan.

Salam Israk Mikraj 2023
Semoga peribadi diri menjadi yang lebih baik lagi mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Salam Israk Mikraj
Marilah kita mewujudkan jalinan ukhuwah islamiah, serta masyarakat yang tenteram dan damai.

Salam Israk Mikraj 1444H/2023
Semoga kita dapat memetik hikmah dan menjadikan peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan bagi diri kita.

Jadikan momen peringatan Israk Mikraj sebagai dorongan untuk meningkatkan amal dan ibadah kita kepada Allah SWT. Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj.

Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mirkraj 2023
Marilah kita merenungkan perjalanan Nabi Muhammad SAW dan mencari inspirasi darinya. Semoga keberkahan selalu melimpahi kita semua.

Salam Israk Mikraj 2023
Marilah kita menguatkan tali persaudaran sesama saudara Islam. Sama-sama menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang baik budi, tawaduk, jujur dan bertakwa pada Allah SWT.

Selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj
Semoga kita senantiasa meneladani akhlak mulia baginda Rasulullah.

Selamat Israk Mikraj 1444H
Semoga Allah SWT sentiasa menuntun kita sebagai hamba yang tetap dijalan lurus yang diredhai oleh-Nya.

Salam Israk Mikraj 1444H
Jadikan peringatan ini sebagai suatu hal yang mendamaikan dan memberikan bukti bahawa Islam adalah agama penyayang. Semoga peristiwa Israk Miraj ini dapat memperkuatkan amalan kita akan kewajiban solat fardhu lima waktu.

Salam Israk Mikraj 1444H
Semoga Nabi Muhammad SAW sentiasa menjadi panutan bagi kita semua dalam menjalani kehidupan.

Selamat memperingati Israk Mikraj 1444H
Semoga syafaat Nabi Muhammad SAW sentiasa menyertai perjalanan hidup kita di dunia dan di akhirat kelak.

Selamat memperingati Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW 1444H
Semoga peristiwa Israk Mikraj menjadi pengingatan bagi kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Salam Israk Mikraj 1444H untuk seluruh umat Islam
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengirimkan seorang pemimpin yang menuntun dari kegelapan menuju cahaya terang benderang. 

Selamat memperingati hari Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW
Mari kita tingkatkan semangat kebersamaan dan kesatuan umat yang uswatun khasanah.

Salam Israk Mikraj 1444H
Semoga kita sentiasa mendapatkan syafaat dari junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Salam Israk Mikraj 1444H
Peristiwa Isra Miraj mengajarkan kita, seberat apa pun masalah yang dihadapi, dekatlah diri kepada Allah SWT. Nescaya ada jawaban yang tepat dari-Nya.

Salam Israk Mikraj 1444H
Mari wujudkan jalinan ukhuwah islamiyah menuju masyarakat yang tenteram, damai dan aman sentosa.

Salam Israk Mikraj 1444H
Semoga peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad membawa kedamaian, berkat dan kegembiraan untuk kita dan keluarga.

Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)