Header Ads

Bau Essential Oil Ylang Ylang Young Living Seharum Bunga Kenanga


Sudah lama berhajat nak memiliki Essential Oil (EO) Ylang Ylang Young Living. Disebabkan harganya yang melampaui bajet, kita menabunglah lagi sampai dapat. Akhirnya dapat juga membeli EO Ylang Ylang yang diidam-idamkan topup stok EO yang hampir habis.

Ylang-ylang ni kategori minyak pati tunggal (Essential Oil Singles). Tiada campuran. Ylang-ylang ni kalau dalam bahasa melayu kita adalah bunga kenanga atau Cananga Odorata. Bau EO Ylang-ylang sama dengan bau sebenar bunga kenangan yang kita hidu baunya terus dari bunganya.

Bunga kenanga, bunga kesukaan saya. Suka dengan baunya yang manis dan harum. Baunya melekat tahan lama kalau calitkan pada pergelangan tangan. Sesuai juga dijadikan perfume. Nak tahu baunya macamana, ambil bunga kenanga ramas-ramas sampai keluar bau. Macam tu lah bau wangi dia.


ylang ylang essential oil

Ylang-ylang/ Cananga odorata/ Bunga Kenanga

Ylang Ylang adalah wangian manis, lembut, seperti bunga yang membuatkannya menjadi kegemaran romantis. Ylang Ylang amat menenangkan dan santai.

Minyak pati Ylang Ylang mempunyai keharuman bunga yang romantik yang boleh mencipta satu persekitaran yang menenangkan apabila dibaurkan. Unsurnya yang melembapkan juga amat sesuai digunakan bersama dengan produk penjagaan kulit. 

Minyak pati Ylang Ylang diperoleh daripada bunga dari tumbuhan Cananga odorata yang berbentuk bintang yang tumbuh di hutan hujan tropika subur di kepulauan di Selatan Pasifik dan Asia. Tumbuhan yang berasal dari keluarga Annonaceae ini boleh membesar sehingga mencapai 40 kaki tinggi.

Nama Saintifik : Cananga odorata
Keluarga botani : Annonaceae
Nama lain : Bunga segala Bunga

Bahagian pokok yang digunakan : Bunga
Wilayah Penanaman : Madagascar, Ecuador
Kaedah Pengekstrakan : Penyulingan stim
Wilayah YL : Kebanyakan minyak pati Ylang Ylang Young Living dihasilkan dari Madagascar dan Ecuador.

Cara penggunaan

  • Topikal: Sapukan 2-4 titis terus pada tempat yang dikehendaki. Tidak perlu dicairkan, kecuali pada kulit yang sangat sensitif. Guna apabila perlu.
  • Aromatik : Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.

Manfaat Pembauran EO Ylang-Ylang
  • Kekalkan suasana romantik dalam bilik tidur dengan keharuman bunga yang mesra ini. 
  • Penuhi ruang rumah dengan perasaan selamat dan selesa apabila membaurkannya dengan aroma tropika yang kemanis-manisan dan mendalam. 

Ylang ylang Young Living untuk apa

  • Sapukan EO Ylang Ylang pada pergelangan tangan dan leher untuk menikmati keharuman bunga yang menenangkan sepanjang hari.
  • Campurkan pada losyen atau minyak pelarut bukan komedogenik untuk menikmati unsur pelembapnya.
  • Campurkan 1-3 titis dengan minyak kelapa untuk rawatan rambut dengan perapi tinggi supaya rambut sentiasa berbau seperti bunga dan kemanis-manisan.
  • Campurkan pada air mandian panas bagi mencipta satu suasana yang menenangkan bagi merehatkan badan selepas seharian yang memenatkan.
  • ylang ylang essential oil skin benefits boleh campurkan setitis EO ylang ylang dalam produk pelembap muka untuk wajah lebih berseri-seri dan glowing.
Pernah tanam bunga kenanga tapi mati pula. Lepas tu beli lagi anak pokok bunga kenanga tanam di kampung dalam tanah tanpa pasu. Elok dia membesar dengan suburnya. Setiap kali balik kampung mesti ada je bunga dia.

pokok bunga kenanga

Petik bunga yang kuning tu, letak dekat aircond kereta. Boleh berbau satu kereta. 

bunga kenanga

Lepas ni bolehlah guna EO Ylang-Ylang juga untuk pewangi kereta.

2 comments:

  1. Salah satu YL oil beraroma bunga yg saya suka juga ❤️❤️. Hampir semua YL yg aroma bunga saya favorit sangat kak. Ylang2 dan rose. The best ๐Ÿ‘❤️. Sayang nya essential oil ini tak bisa saya oles ke kulit wajah Krn kulit wajah saya sensitif sangat. Jadi hanya bisa oles di bagian kulit yg bukan wajah, rambut atau diffuse saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baunya sangat wangi. Saya suka sangat. Rose tu belum mampu beli lagi, hampir 1k juga harganya tu dalam MYR. Kalau dilute pun masih sensitif juga ye?

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.