Siaran Lansung Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) 2023

Tonton Siaran Lansung Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) pada hari Ahad, 12 Februari 2023 di TV3 yang berlansung dari Axiata Arena Bukit Jalil. Anugerah Juara Lagu Ke-37 menampilkan  dua pengacara wanita popular iaitu Jihan Musa dan Sherry Alhadad sebagai pengacara AJL37.

Alha Alfa Cosmetics merupakan penaja utama Anugerah Juara Lagu Ke-37. Acara Anugerah Juara Lagu Ke-37 turut mempertaruhkan sebuah kategori baharu iaitu ‘Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja’ dimana netizen boleh memilih pemenang kategori ini nanti menerusi TikTok @alhaalfaofficial.

Siaran Lansung Anugerah Juara Lagu Ke 37 AJL37 2023

Acara karpet merah strim langsung secara HD menerusi portal tonton (https://watch.tonton.com.my) atau xtra (https://www.xtra.com.my/live-tv) dan juga Youtube TV3 bermula pukul 8:00 malam sehingga 9:00 malam yang diacarakan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy.

Pengacara backstage pula diacarakan oleh Imran Aqil dan Nadia Hasnan.

ANUGERAH JUARA LAGU KE-37 (AJL) LIVE STREAMING

Waktu siaran : Ahad, 12 Februari 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/strim live : TV3, tonton, xtra dan YouTube TV3
Pengacara : Jihan Musa dan Sherry Alhadad

Tema Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37)

Tema AJL37 bertemakan ‘Dimensi Muzik’, yang menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang semakin rancak dengan karya dari pelbagai genre dihiasi dengan elemen cermin.

12 finalis AJL37 akan bertanding untuk merebut gelaran juara dan memenangi RM100,000 bersama trofi.

Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke-37

12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 37

1. Nang
Penyanyi : Iman Troye
Penulis lirik  : Ezra Kong & A.Ramlee
Komposer : Ezra Kong & A.Ramlee

2. Kembali Terang
Penyanyi : Marsha Milan
Penulis lirik  : Senna
Komposer : Senna & Ajin

3. Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Penulis lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewangga

4. Bahagiakan Dia
Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah
Penulis lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq
Komposer : Aliff Iskandar

5. Anugerah Terindah
Penyanyi : Alif Satar
Penulis lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

6. Korban
Penyanyi : Ernie Zakri
Penulis lirik  : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri

7. Irama
Penyanyi : Shiha Zikir
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

8. Satu Malam Di Temasek
Penyanyi : Joe Flizzow & Sonaone
Penulis lirik : Joe Flizzow & Sonaone
Komposer : Sonaone

9. Debu
Penyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Penulis lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

10. Payung Pelangi
Penyanyi : Noki & Mk
Penulis lirik  : Noki & Mk
Komposer : Noki & Mk

11. Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Penulis lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

12. Sengsara
Penyanyi : Khai Bahar
Penulis lirik  : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Keputusan AJL37

Juara Lagu : Aina Abdul (RM100,000 & Trofi)
Naib Juara : Joe Flizzow & Sonaone (RM50,000 & Trofi)
Tempat ketiga : Alif Satar (RM30,000 & Trofi)
Persembahan terbaik : Shiha Zikir (RM12,000 & Trofi)
Vokal terbaik : Aina Abdul (RM12,000 & Trofi)
Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja : Khai Bahar (RM12,000 & Trofi)


2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.