Tonton Anugerah Meletop Era (AME) 2021-2022 dan Senarai Pemenang AME 2021

Anugerah Meletop Era (AME) 2021-2022, Anugerah yang dinantikan setelah tertangguh beberapa kali disebabkan COVID-19. Kini Anugerah Meletop ERA (AME) kembali kali lapan untuk edisi tahun 2021/2022 disiarkan secara siaran langsung pada hari Ahad, 29 Mei 2022 jam 9:00 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anugerah Meletop Era (AME) 2021 full live menerusi saluran Astro Ria dan Astro 4K UHD. Juga boleh tonton live streaming di saluran rasmi YouTube Astro Gempak dan juga laman sesawang Sooka.

tonton anugerah meletop era 2021 live

ANUGERAH MELETOP ERA (AME) 2021

Waktu siaran : Ahad, 29 Mei 2022, jam 9 malam
Siaran TV : Astro Ria, YouTube Astro Gempak, Sooka
Pengaraca : Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad 

Anugerah Meletop Era 2021 untuk Kategori Utama diadili oleh juri profesional Anugerah Meletop Era. Sedikit kelainan dalam Anugerah Meletop Era 2021 kali ini berbanding edisi sebelumnya bagi mendapatkan keputusan yang adil tanpa rasa tidak puas hati peminat. 

Tema Anugerah Meletop Era (AME 2021)

Pada edisi kelapan AME 2021 bertemakan busana Glam Legend dengan slogan ‘Yang Fresh, Yang Legend’. Menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse diberikan kepercayaan sebagai pengacara utama Anugerah Meletop ERA 2021 serta pelakon Sherry Al Hadad sebagai pengacara bersama.

AME 2021 mempertandingkan sebanyak 15 kategori utama dimana calon TOP 5 dalam setiap kategori yang dipertandingkan itu akan dipilih berdasarkan undian yang tertinggi oleh peminat dan penonton seterusnya pemenang dari TOP 5 akan diadili juri profesional. 

Hadiah Anugerah Meletop Era 2021

Pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 dan juga trofi. 

Manakala pemenang undian paling tertinggi iaitu Anugerah Utama Top Top Meletop Lelaki dan Wanita akan memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi. 

Senarai Pemenang Anugerah Meletop ERA AME 2021/2022 

Kategori Utama Anugerah Pemenang

Penyanyi MeleTOP ERA : Khai Bahar (Durja)
Bintang Filem MeleTOP : Shiha Zikir (Hantu Bonceng 2.0)
Pelakon MeleTOP : Fasha Sandha (Sihir Pemisah)
Artis Baharu MeleTOP : Dini Schatzmann (A.I In Love)
Grup / Duo MeleTOP ERA : Shiha Zikir & Noki (AEOW)
Video MeleTOP : MV Canggung - Wany Hasrita
Lagu MeleTOP ERA : AEOW - Shiha Zikir & Noki
Filem MeleTOP : Ada Apa Dengan Dosa
Drama MeleTOP : Kampung Pisang Bersiri-Siri
Program MeleTOP : Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar-RTM
Artis Versatil MeleTOP : Shiha Zikir (Pelakon, Penyanyi, Youtuber)
Influencer MeleTOP : Dr Say
Personaliti TV MeleTOP : Jihan Muse (Gegar Vaganza Siri 7)
Couple MeleTOP : Emma Maembong & Muhammad Shazli
Si Cilik MeleTOP : Ariana Aubrey & Karl Kareef (Datin Eina Azman & Datuk Kaiser)
BBNU MeleTOP : Alyssa Dezek
Pemenang Kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) : Khai Bahar
Pemenang Kategori Top Top MeleTOP (Wanita) : Shiha Zikir
Pemenang Kategori Top Top MeleTOP Grup / Duo : Dolla
Anugerah Khas MeleTOP : Datuk Aznil Hj. Nawawi
Anugerah Legend MeleTOP : Roslan Aziz
Seniman Legend MeleTOP : Hamid Gurkha

6 comments:

  1. Shiha Zikir banyak dapat anugerah. Tahniah. Akhirnya nampak bakatnya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni rezeki dia nampaknya. Tahniah untuk semua pemenang :)

      Delete
  2. Tahniah pada yang berjaya merangkul award

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.