Nasi Kerabu Ayam Bakar Vs Nasi Kerabu Ayam Goreng

Tuesday, November 17, 2020

Sejak tahu ada kedai makan berdekatan dekat rumah jual nasi kerabu paling sedap setakat ini. Boleh dikatakan seminggu 2-3 kali juga sarapan nasi kerabu seminggu. Pagi-pagi pekena hidangan nasi kerabu makanan berat terasa nikmatnya. 

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Bukan hanya jual nasi kerabu, nasi dagang pun ada! Kalau beli nasi kerabu, husband akan beli nasi dagang sebab husband tak makan nasi kerabu. Tapi nasi dagang tak kena dengan tekak dia. Kadang tu beli nasi kerabu je untuk isteri dia ni.

Pagi ni beli nasi kerabu ayam bakar dan nasi kerabu ayam goreng lagi. Biasa beli nasi kerabu ayam goreng je tapi ayam goreng tinggal satu je. So dia bagi nasi kerabu ayam bakar. Okaylah, dapat juga rasa nasi kerabu ayam bakar. Satu untuk sarapan, satu untuk lunch nanti. Senang tak payah masak dah!

Untuk seorang penggemar nasi kerabu, takde hal lah nak makan nasi kerabu pagi dan tengahari. Tapi tak boleh selalu, takut jemu bertukar benci. hahaha

Nasi Kerabu

Nasi kerabu hidangan nasi tradisional melayu kegemaran rakyat Malaysia yang popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Sekarang dah merata popular seluruh negeri di Malaysia. Nasi kerabu mudah dikenali kerana nasi kerabu berwarna biru.

Nasi Kerabu Ayam Goreng

Nasi kerabu juga telah divariasi kan, ada nasi kerabu berwarna kuning, putih dan hitam. Tapi yang biasa nampak, warna biru lah. Itu signature nasi kerabu yang semua orang tahu. Nasi yang berwarna biru dihasilkan daripada kelopak bunga telang yang biasa digunakan dalam masakan orang melayu.


Ada ketikanya bila bunga telang sukar didapati, sebagai alternatif lain ada yang menggunakan kunyit untuk menghasilkan warna untuk nasi kerabu berwarna kuning. Masih lagi menggunakan perwarna semulajadi. Tiada pewarna, nah makan nasi putih pun boleh.

Orang siam menggunakan daun atau herba na-dam (dalam bahasa siam) untuk menjadikan warna nasi kerabu berwarna hitam.

Nasi kerabu dihidangkan dengan ikan kering, telur masin, keropok goreng, budu, solok lada dan ulam-ulaman lain. Lauk nasi kerabu ada ikan goreng, ikan celup tepung goreng, ayam goreng, ayam bakar, daging bakar dan lain-lain.

Nasi Kerabu Ayam Bakar Vs Nasi Kerabu Ayam Goreng

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Hidangan nasi kerabu ayam bakar dengan nasi biru, seketul ayam bakar, ulam-ulaman, solok lada, budu, keropok ikan goreng tapi telur masin tidak kelihatan. Lupa letak agaknya kot.

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Nasi Kerabu Ayam Goreng

Hidangan nasi kerabu yang lengkap. Nasi biru, ayam goreng beberapa ketul kecil, telur masin, solok lada, budu, keropok ikan goreng.

Nasi Kerabu Ayam Goreng

Nasi kerabu ayam bakar vs nasi kerabu ayam goreng mana satu sedap? Dua dua sedap! Dari segi beza, cuma beza ayam je lah. Ayam kot, mana mungkin tak sedap. Tapi kalau ayam bakar tu dapat bahagian yang kepak tu lagi sedap kot. 

Dapat nasi kerabu ayam percik lagilah sedap. Lama oii tak makan ayam percik. Craving tetiba.

Hidangan nasi kerabu ni dahlah sedap, murah pula untuk portion banyak ni. RM5 je! Orang Seremban boleh beli dekat kedai makan depan Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof. Tak pasti pagi buka pukul berapa. Biasa beli pukul 8 pagi macam tu. 

Nak buat nasi kerabu tak pandai, belum ada kehendak lagi nak mencuba resepi nasi kerabu. Tapi kalau nak mencuba, nak cari resepi nasi kerabu simple simple je. Ada kerajinan bolehlah mencuba. 


30 comments

  1. Kalau diberi pilihan, Sis pilih ayam/daging bakar... taknak yang goreng-goreng, sebab kalau goreng, kat uma pun boleh buat hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ni antara kegemaran akak gak..dan juga boss akak...maka, kalau duk opis, dalam seminggu tu dua tiga kali gak la lunch nasi kerabu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, kita geng nasi kerabu. sama lah kita menu nasi kerabu je dalam seminggu. sedap sangat kan tak boleh move on :)

      Delete
  3. Akak kalau makan nasi kerabu suka makan dengan , ikan. ayam tak suka. Lepas tu ada daging lada hitam. memang layan habis la..

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa nasi kerabu ayam bakar. Nasib kedai depan ni tiap hari jual nasi kerabu tp dgn ayam goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. Takpe, nanti beli nasi kerabu, ayam bakar boleh bakar sendiri. rasakan kenikmatan nasi kerabu dengan ayam bakar pulak.

      Delete
  5. Ada nasi warna hitam ya.
    Suka nasi kerabu. Selalu kalau makan untuk sarapan mesti kenyang ke tengahari jadi makan nasi lewat petang.

    P.S: Terima kasih Fiza bagi tips pasal robot pada komen. Ikut langkah-langkah Fiza beria memang berjaya. Alhamdulillah moga murah rezeki Fiza. Semoga dapat apa dikehendaki. Insya Allah akan komen banyak-banyak nanti. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang Fiza baca, ada warna hitam. Tapi belum pernah nampak lagi. Betul kak, kenyang sampai tengahari. Lepas tu lewat makan ke petang.

      Alhamdulillah kak, berhasil. Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn

      Delete
  6. Cik TK pun suka nasi kerabu. Makan dengan ayam goreng. Kalau dapat yang betul-betul sedap tu memang best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, kita boleh geng! Dapat yang sedap memang satu nikmat :)

      Delete
  7. Akak suka yang ayam bakar. Ada kedai, perapan ayam dia macam rasa sate. Repeat order la camtu. Hehe.. nasi kerabu daging ada. Nasi kerabu kambing bakar pun ada sini. Alamakk... ke laut dalam diet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kerabu dengan ayam bakar memang tak mengecewakan.Perapan macam sate tu lagilah sedap rasa dia. Kalau sedap memang repeat order. Kalau kambing bakar saya tolak tepi kak, tak makan. hihi..

      Hancuss diet bila teringat nasi kerabu :)

      Delete
  8. Nasi kerabu biasa kat rumah arwah mak di terengganu biasa makan dengan ikan celup tepung. Kena ada solok, telur masin, ulam2, budu..cara nak makan, semua tu digaul rata kecuali ikan je..ermmmm nikmat tak terkata.
    Akk pandai tau buat nasi kerabu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terengganu memang terkenal dengan ikan celup tepung. Lagi sedap nasi kerabu tu. Ye, betul sedap cara makan nasi kerabu macam tu kak. Wahhh mesti sedap nasi kerabu akak buat. Rezeki tu dapat buat nasi kerabu :)

      Delete
  9. Suka nasi kerabu dengan daging bakar. Lagi2 kalau daging tu lembut n juicy. Aish terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..sedap kalau daging tu lembut dan juicy. Tapi selalu kecewa dapat daging yang kering dan liat. huhu

      Delete
  10. Feveret ni, selalu beli lauk ikan celup tepung & solok lada...seram gak nasi kaler hitam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Favourite ramai nasi kerabu ni. Solok lada tu wajib ada. hihi..itulah pasal, seram kalau nasi kaler hitam. nak makan pun serba salah dibuatnya.

      Delete
  11. Baru mkn nasi kerabu ayam goreng berempah mlm td.. husband tapau jer... nk masak sendiri x penah try pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ayam berempah pun sedap tu kakmim. Saya pun nak masak, lambattt lagi :)

      Delete
  12. Sedapnya.. Selalu makan dekat sebelah Ulu Bernam tapi sekarang PKPB dah tak merasa nak makan.. Kak Sha selalu pilih lauk daging kunyit atau pun ikan.. memang bestlah kalau ada telur masin dan juga solok..

    ReplyDelete
  13. Rindunya nak ke Kelantan, nak ke Terengganu. Di mana-mana boleh jumpa nasi kerabu dan nasi dagang. Biasanya pagi-pagi pun mereka makan menu ini. Yang bestnya, macam-macam lauk pilihan ada, tunjuk-tunjuk jew.

    ReplyDelete
  14. sedap tu..menu fav juga nasi kerabu...kalo org klate suka nasi kerabu ayam percik..tp ayam bakar & ayam goreng pn sedap

    ReplyDelete
  15. dedua okay tapi prefer yang bakar.. oo kalau ada daging ke perghhh..
    ngancam.. dulu tak reti makan sebab banyak sayur. tapi masuk uni ramai kawan2 pantai timur depa ajaq cheq makan. tu pun makan cara pelik sket hahaha.. tibaila janji makan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.