Siaran Lansung Liga Malaysia 2023 Di Astro Dan RTM

Perlawanan Liga Malaysia untuk musim 2023 akan disiarkan di Astro dan RTM dalam definisi tinggi (HD) seperti yang telah diumumkan oleh MLF. Dua stesen televisyen Astro dan RTM yang juga merupakan rakan penyiar rasmi Liga Malaysia musim 2023.

Sebelum ini, Unifi telah mendapat hak penyiaran siaran lansung yang disiarkan menerusi Unifi TV dan juga saluran Youtube. Pada musim hadapan 2023, peminat bola sepak tempatan boleh menonton siaran lansung bola sepak Liga Malaysia menerusi saluran rasmi Astro dan RTM.

Siaran Lansung Liga Malaysia 2023 Di Astro Dan RTM

Lebih menarik lagi, musim 2023 lebih meriah dengan penyertaan 14 buah kelab yang bakal bersaing dalam Liga Malaysia berbanding 12 buah kelab pada musim lalu.


Astro

Semua perlawanan Liga Malaysia iaitu Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia akan disiarkan oleh Astro menerusi Televisyen, secara On Demand atau strim di Astro Go untuk pilihan lebih fleksibel.

Terbaru, Astro telah memperkenalkan 2 saluran khas HD terbaru untuk siaran lansung Liga Malaysia iaitu : 
  • Astro Arena Bola (Saluran 803)
  • Astro Arena Bola 2 (Saluran 804)
Kedua-dua saluran ini akan memulakan penyiarannya bermula dari 23 Februari 2023 untuk penyiaran perlawanan secara langsung dan juga perlawanan ulangan bagi yang terlepas menonton siaran lansung.

Tambahan 2 saluran baru HD ni menjadikan 4 saluran Astro yang akan menyiarkan semua siaran lansung Liga Malaysia 2023.
  • Astro Arena (Saluran 801/ CH801)
  • Astro Arena 2 (Saluran 802/ CH802)
  • Astro Arena Bola (Saluran 803/ CH803)
  • Astro Arena Bola 2 (Saluran 804/ CH804)
Pelanggan boleh melanggan pakej yang ditawarkan oleh Astro.

RTM

Bagi yang tiada langganan Astro, peminat boleh sepak tempatan boleh menonton di saluran RTM. RTM juga akan menyiarkan siaran lansung 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 bermula dengan Piala Sumbangsih yang berlangsung pada 24 Februari 2023 membuka tirai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Siaran lansung perlawanan Liga Malaysia boleh tonton secara percuma menerusi 3 saluran berikut :
  • TV2
  • Sukan RTM
  • TV Okey
Juga boleh tonton secara strim langsung melalui portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.