Telefilem Derita Pia (TV3)

Tonton Telefilem Derita Pia ulang siaran pada hari Sabtu, 4 Februari 2023 pukul 10:30 malam di saluran TV3. Telefilem Derita Pia adalah kesinambungan drama Pia lakonan hebat Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel dan ramai lagi.

TELEFILEM DERITA PIA

Waktu siaran : Sabtu, 4 Februari 2023, pukul 10:30 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Sofia J Rhyland
Pengarah : Azman Yahya
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

telefilem derita pia full movie tv3 online

PELAKON DAN WATAK

  • Zara Zya sebagai Pia
  • Alif Satar sebagai Zafran
  • Naim Daniel sebagai Budi
  • Azira Shafinaz sebagai Qis
  • Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila
 

SINOPSIS TELEFILEM DERITA PIA

Kisah tentang Qis yang telah lama menghilangkan diri tiba- tiba muncul. Qis mengaku bahawa dia masih mencintai Zafran dan ingin mengahwini Zafran memandangkan Pia tidak boleh hamil lagi dan meminta minta Pia untuk merestui dan menganggap kehadirannya hanya untuk membantu meringankan beban Pia menjaga Zafran serta memberikan waris kepada Zafran.

Sedar tentang kelemahan dirinya, akhirnya Pia redha untuk menjadi isteri kedua. Namun pengorbanannya tidak dihargai. Setelah Qis disahkan mengandung, Pia mula disisihkan sehingga Pia nekad untuk mengundur diri. Zafran yang tidak mahu melepaskan Pia, cuba untuk berbincang. Pia meluahkan segala rasa yang selama ini dia pendam dan Zafran mula sedar kesilapannya ini yang sering mengabaikan Pia.

Namun mereka berdua telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Setelah sedar dari koma Zafran terkejut apabila dia dapat melihat semula. Rupanya kemalangan itu telah meragut nyawa Pia. Barulah Zafran sedar bahawa dia sudah dapat lihat dunia semula, tetapi dia kehilangan orang yang paling jujur dan paling ikhlas dengannya.

2 comments:

  1. Ending last drama ni sedih jugak la .. Pia derma sepasang mata kpd suami dia kan .

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.