Senarai Perdana Menteri Dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Siapakah Menteri Perdana Menteri ke-10? Jawapannya kita akan ketahui harini. Walau siapa pun Perdana Menteri Malaysia ke-10, kita berharap pemimpin yang terbaik dipilih selepas PRU15.

Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Malaysia ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Seorang Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan Eksekutif, Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku Ketua Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik dan perlu mendapat sokongan majoriti daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia.

Seseorang yang dilantik sebagai Perdana Menteri mestilah dari kalangan Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ahli Dewan Negara Malaysia tidak layak untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Pemilihan Perdana Menteri ke-10 agak rumit dan mengambil masa untuk menentukan siapakah Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

senarai dan gambar perdana menteri malaysia
Senarai dan gambar Perdana Menteri Malaysia 1-9

Senarai dan Gambar Perdana Menteri Malaysia 1-9

Perdana Menteri Pertama : Tunku Abdul Rahman (1955-1970)

Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein dan akan melengkapkan "Teori RAHMAN".

Perdana Menteri Kedua : Tun Abdul Razak (1970-1976)

Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein dan digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn dan akan melengkapkan "Teori RAHMAN".

Perdana Menteri Ketiga : Tun Hussein Onn (1976-1981)

Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.

Perdana Menteri Keempat : Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. 

Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Ibrahim dan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan akan melengkapkan "Teori RAHMAN".

Perdana Menteri Kelima : Tun Abdullah Badawi (2003-2009)

Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan akan melengkapkan "teori RAHMAN".

Perdana Menteri Keenam : Dato' Sri Najib Razak (2009-2018)

Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Sri Najib Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi dan akan melengkapkan "Teori RAHMAN".

Pada 9 Mei 2018, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak gagal mempertahankan jawatan Perdana Menteri susulan kegagalan Barisan Nasional membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya ke-14, jawatan telah disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan dan menyaksikan perubahan landskap politik baharu selepas 61 tahun kerajaan ditadbir oleh parti komponen Barisan Nasional.

Perdana Menteri Ketujuh : Tun Dr. Mahathir (2018-2020)

Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan sekali lagi era Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet. 

Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan juga beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti komponen Pakatan Harapan.

Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis Penasihat Kerajaan" (Council of Eminent Persons) telah diwujudkan (sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh:

1. Mantan Menteri Kewangan Malaysia, YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin
2. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Y.M. Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Prof. Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz
3. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, YBhg. Tan Sri Mohd. Hassan bin Merican
4. Ahli ekonomi Malaysia yang terkemuka, YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram
5. Hartawan Malaysia yang berpusat di Hong Kong, YBhg. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Pada 24 Februari 2020, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta susulan hilang kepercayaan terhadap anggota kabinetnya sendiri berikutan peristiwa Langkah Sheraton.

Peristiwa ini sekali lagi mengubah landskap politik negara apabila Perdana Menteri yang baharu dilantik tanpa pilihan raya umum.

Perdana Menteri Kelapan : Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)

Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah selepas desakan pemimpin Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim yang menyebabkan Perdana Menteri ke-7 meletakkan jawatan.

Beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang terdiri daripada wakil rakyat dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Bebas menewaskan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad sendiri.

Beliau juga mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi dalam dewan perundangan, iaitu di Dewan Rakyat Malaysia dan di Dewan Negeri Johor dalam masa yang sama.

Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui pilihan raya umum untuk membentuk Kerajaan Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14.

Kabinet beliau pada awalnya tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya fungsi tersebut diisi oleh 4 orang Menteri yang diberikan nama sebagai Menteri Kanan. Pada 7 Julai 2021, jawatan Timbalan Perdana Menteri diumumkan diisi oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu merupakan Menteri Kanan Pertahanan.

Pada 8 Julai 2021, UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, ia tidak menjejaskan majoriti sokongan terhadap beliau di Dewan Rakyat Malaysia seperti mana yang telah dijelaskan oleh Peguam Negara Malaysia.

Pada 16 Ogos 2021, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. Beliau telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan. Dari 2018 hingga 2021, Malaysia sudah mencatat sejarah dengan mendapat 3 orang Perdana Menteri dari Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dalam satu penggal.

Perdana Menteri Kesembilan : Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)

Perdana Menteri Malaysia ke-9, iaitu Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada para Ahli Dewan Rakyat.

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob juga tidak menamakan seorang Timbalan Perdana Menteri ketika mengumumkan Kabinetnya. Walaupun telah dibuat perjanjian antara beliau dengan Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden BERSATU bagi melantik seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari BERSATU bagi mewakili Perikatan Nasional, namun ianya tidak ditunaikan atas alasan Pilihan Raya Umum Malaysia semakin hampir dan memberikan alasan mempunyai empat orang Menteri Kanan yang diibaratkan sebagai mempunyai empat orang Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri Kesepuluh : Dato' Seri Anwar Ibrahim (2022-Kini)

Perlantikan ahli Parlimen Tambun, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah bermesyuarat dengan Raja-Raja Melayu..

Dato' Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 2022 dihadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 5:00 petang di Istana Negara.

senarai dan gambar perdana menteri malaysia

sumber : wikipedia

19 comments:

  1. penat menanti dr kul 2 tadi....sampai nak balik keja pun lum ada keputusan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, sampai ke petang. Harini membawa ke esok pulak dah..huhu...

      Delete
  2. Debo tau nak tunggu siapa kah bakal PM yg terkini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Debar lain macam...sambung debar esok pulak.

      Delete
  3. start PM7 dah tak ada Bapa dah, tempoh memerintah pun singkat sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kan. Dah tak ada gelaran bapa dah. Betul, kejap je jadi PM.

      Delete
  4. Wak jumpa semua pm 1 sampai 9 tu
    Tunggu yang ke 10 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak merasa lah semua zaman ni ye wak. Marilah kita tunggu PM10 ni.

      Delete
    2. wahh untungla wak WP dpt jumpa real depan2., eneng fotone kambek kabeh PM kuwii?., ;p

      Delete
  5. cepatlah keluar result. kesian ramai staff kat balai berita ni berhujan dekat istana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Kesian wartawan berkampung dari hari Sabtu haritu..Mesti penat minggu ni.

      Delete
  6. Huurrmmm.... entah sampai bila penantian ini akan berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik esok esok dan esok je. Harap berakhirlah penantian PM10 harini.

      Delete
  7. nina teringat dlm tiktok.. PM yg ke 10 ni tagline bapakkkk lamanya. haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.