Dah 10 Mac, baru muncul seketul post. Apa nak jadilah dengan seorang Fiza oii..Senipis nipis betul semangat blog sekarang ni ye. Mood tercampak jauh. Meh pinjamkan sikit semangat tu. 

Mac 2026

Malam Lailatul Qadar

Sedar tak sedar, kita dah sampai 10 hari terakhir Ramadan. Misi mencari malam Lailatul Qadar.

Allah SWT telah berfirman tentang kemuliaan malam ini dalam Surah Al-Qadr, ayat 3:
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ
Maksudnya: "Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."

Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir ini melebihi malam-malam yang lain.

Diriwayatkan daripada Saidatuna Aisyah RA, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: "Rasulullah SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan), baginda akan menghidupkan malam tersebut, mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dalam beribadah dan memperketatkan ikatan kainnya (syadda al-mi'zar)."(HR Muslim, No. 1174)

Daripada Saidatina Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Maksudnya: "Carilah Lailatulqadar pada malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan." (HR al-Bukhari, hadis sahih: 2017)

Tarikh Penting (Malam Ganjil)

  • Malam 21: 10 Mac (Rabu)
  • Malam 23: 12 Mac (Jumaat)
  • Malam 25: 14 Mac (Ahad)
  • Malam 27: 16 Mac (Selasa)
  • Malam 29: 18 Mac (Khamis)

Mintalah keampunan Allah. Saidatina Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam itu Lailatul Qadar, apa yang perlu aku baca?"

Baginda SAW mengajarkan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku." (HR. Tirmidzi & Ibnu Majah)

Jika ada di antara kita yang sedang 'uzur'. Jangan sedih, sayang. Pintu rahmat Allah tidak tertutup. Teruskan berzikir, bersedekah, dan menyediakan juadah buat keluarga yang beribadah. Ingatlah hadis ini:
​مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari & Muslim)

sumber : Ustazah Asma' Harun

Semoga kita direzekikan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. InshaAllah..Aamiin...

Tahu-tahu minggu depan dah nak raya. Persiapan raya pun masih samar-samar lagi ni. Mood nak raya pun tak berapa nak ada lagi. Rasa sedih kehilangan mak takkan pernah hilang. Rindu yang tiada penghujungnya bila kehilangan ibu bapa dan orang yang kita sayang ni. Baru je nak sembuh kehilangan arwah abah tahun 2022. 

Lagilah sedih bila bulan Ramadan dan hari raya yang bakal tiba nanti. Hanya mampu kirimkan doa dan Al fatihah yang tak pernah putus. 

Semoga hari-hari kita yang masih hidup ni baik-baik sahaja di hari kedepannya. Juga, doakan keselamatan umat Islam di seluruh dunia. 

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin

"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim"
There is no god except You, glory be to You, indeed  I was among the wrongdoers.

Syukur Alhamdulillah diberikan peluang bertemu Ramadan tahun ni dan kesihatan yang baik. Bulan puasa tahun lepas diuji dengan batuk berpanjangan yang hampir sebulan. Mencabar kalau berpuasa ketika sakit ni. 

Kepada yang bertanyakan khabar saya, Terima kasih. Saya baik-baik je. Tak berkesempatan lagi berblogwalking. Maaf. 

Hari Raya Aidilfitri 2026

Tarikh tengok anak bulan pada 19 Mac. Dengarnya macam raya mengejut lagi. Kita nantikan je lah pengumuman raya nanti. 

No journey is ever truly lonely. He is rearer than you think.

mac planner 2026


Ever Near
Your lord has not forsaken you, nor has he detested you —Ad-dhuha 93:3

I like moments that reminds me I’m never walking alone.
Even when the road feels quiet, care surrounds me.
I hope to remember that no journey is ever truly lonely.
Closeness can be felt, even in silence.

Cuti umum/ Public holidays Mac 2026

4 Mac – Hari Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
7 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
8 Mac – Cuti Hari Nuzul Al-Quran (Kelantan & Terengganu)
21 Mac – Hari Raya Aidilfitri (semua negeri)
22 Mac – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (semua negeri)
23 Mac – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
23 Mac – Cuti Hari Raya Aidilfitri (semua negeri kecuali Johor & Kedah)
24 Mac – Cuti Hari Raya Aidilfitri ( Johor & Melaka)
31 Mac – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah)

Sambutan pada bulan Mac

Hari Khamis Kedua Mac – Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day)
8 Mac – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day)
14 Mac – Sambutan Hari Pi (Pi Day)
14 Mac – Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)
15 Mac  – Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day)
20 Mac  – Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia (World Sparrow Day)
20 Mac – Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)
21 Mac – Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)
21 Mac  – Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (International Day for the Elimination of Racial Discrimination)
21 Mac – Sambutan Hari Hutan Antarabangsa/ Sedunia (International Day of Forests)
21 Mac – Sambutan Hari Down Syndrom Sedunia (World Down Syndrome Day)
21 Mac – Sambutan Hari Puisi Sedunia (World Poetry Day)
21 Mac – Sambutan Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)
22 Mac – Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day)
24 Mac  – Sambutan Hari Tibi Sedunia (World Tuberculosis Day)
26 Mac – Sambutan Hari Ungu (Purple Day)