Pengisian Ramadhan #10 : Berzikir

Bulan Ramadhan bulan yang mulia dan penuh berkat. Oleh sebab tu didalam bulan Ramadhan kita di ingatkan supaya lebih banyak melakukan amal ibadah kerana ganjarannya berlipat ganda dilakukan dalam bulan Ramadhan. Selain mendapat pahala, kita juga dapat meningkatkan iman mendekatkan diri dengan Allah SWT.
pengisian-ramadhan-10-berzikir
Sumber gambar dari google
Salah satu kaedah meningkatkan iman dengan berzikir. Dengan zikir dapat memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Semakin banyak zikirnya makin kuat imannya kepada Allah SWT.

Amalan zikir kita boleh lakukan pada bila ² masa dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring. Baik zikir yang dilakukan secara formal atau tidak, di Masjid, surau, rumah, pejabat, atau di jalanan sekalipun. Dan boleh juga dilakukan bersendirian atau berjemaah. Dengan berzikir bererti mengundang rahmat Allah SWT, dan doa para malaikat. 
pengisian-ramadhan-10-berzikir
Sumber gambar dari google

Dan dengan berzikir kepada Allah SWT, maka Allah SWT juga akan selalu bersama orang yang berzikir. Di dalam bulan suci Ramadhan ini merupakan peluang berharga bagi setiap umat Islam untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Semoga dengan berzikir, kita dapat jadikan sebagai landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.

Kalau rajin online boleh tengok dalam youtube banyak dikongsikan zikir harian yang boleh diamalkan. Bila dengar sekaligus dapat berzikir sekali. Senang je nak berzikir kan. Selamat beramal.

10 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.