Pengisian Ramadhan #8 : Jangan Membazir Di Bulan Ramadhan

Thursday, June 25, 2015

Jangan jadikan Bazar Ramadhan menjadi Bazir Ramadhan. Seringkali kita di ingatkan tentang jangan membazir di bulan ramadhan ni. Di Bazar Ramadhan penuh dengan pelbagai jenis makanan yang mampu buat kecur air liur. Itu nak ini nak, sudahnya ke tong sampah sebab tak mampu nak habiskan.

Jangan sesekali jadi macam tu ye. Kena beringat, berjimat dan bersederhana dalam berbelanja untuk juadah untuk berbuka. Nama pun berpuasa, kenalah tahan nafsu. Ye tak? Kesian pada mereka yang kurang mampu nak makan sedap² tu. Ingat balik tujuan kita berpuasa tu kerana apa?
Jangan Membazir Di Bulan Ramadhan
Sumber dari google

Kalau memasak di rumah pun masak biarlah berpada jangan masak macam nak buat kenduri pulak. Kalau nak bersedekah takpe. Apepun bulan Ramadhan kita perlu elakkan pembaziran. Membazir itu kan amalan syaitan. 

Bila kita mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak suka membazir mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan kita. Antaranya :

1. Dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja atau pekerjaan akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT.
2. Sikap berjimat-cermat dan bersederhana dapat menyelamatkan kita daripada muflis akibat hutang yang bertimbun kerana berbelanja secara berlebihan menurut hawa nafsu.
3. Sikap bersederhana membolehkan kita mampu untuk bersedekah pada jalan Allah, lebih-lebih lagi menunaikan zakat yang pastinya melengkapkan lagi penyempurnaan rukun Islam.
4. Kita akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.

Semoga kita sentiasa memastikan diri kita tidak termasuk di kalangan orang yang suka membazir. Selamat beramal.

13 comments

  1. setuju sgt... lagi2 dgn segala brg mahal skrg ni.. dgn gst lagi... mmg kena berjimat-cermat...

    ReplyDelete
  2. makin lama, dah makin x tak membeli sgt laa kt bazar... hehee, nona byk minum air je....semua air sedap, air kosong dah jd no 2 plakk, sobss !

    ReplyDelete
  3. nafsu makan tu kekadang x leh control tp Alhamdullah cik en masih di bawah kawalan.. ahhahaha.. xleh lelama kt bazar.. kjp je.. heheheh

    ReplyDelete
  4. hari pertama je yui p tu pun sbb nak tgk.. beli lak mengecewakan..

    so stkt ni x p pun lg =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah setakat nie belum mebazir lagi.. En. Suami dah pesan beli jangan lebih dari jumlah yg ditetapkan.. Hehehe...

    ReplyDelete
  6. Tu lah fizah, kita bila duduk jauh dengan family ni beli bajet-bajet je. sebab tak nak membazir beli banyak dan buang. cuba jangan lebih RM 10 sehari. Insya Allah kalau beringat, tak membazir.

    Tapi tu lah godaan kalau pg bazar ramadhan kan... heheheh

    ReplyDelete
  7. jarang pi bazar..kalau pi pun tak banyak juadah yang akak beli...tengok orang ramai kat bazar pun dah pening.

    ReplyDelete
  8. Singgah tgh hari...
    Utk tahun nie...agak membazir jugak la di awal ramadhan..sbb beli je kat bazar...tapi start ramadhan ke 4 dah start masak di rumah..hihihi...

    ReplyDelete
  9. Setakat ni alhamdulillah tak pernah lagi laa membazir beli makanan yg tak perlu. Kalau masakpon berpada2 takde laa membazir

    ReplyDelete
  10. pergi bazar sure nak itu ini. jalan mudah masak sendiri kat rumah. hehe :P

    ReplyDelete
  11. klu kt kg ...lbihan makan xmbazir sbb berbagi ngn kucing & itik serati mak..:)

    ReplyDelete
  12. kt bandar xthu nak buang ke mana lah kan..huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.