Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Sahur Overnight Oats Yang Sihat

Kalau takde idea nak sahur apa, boleh try menu sahur Overnight Oats yang sihat ni malah lebih baik untuk kesihatan dan memberikan tenaga. Kalau korang peminat oats mesti suka ni. Yang tak suka oats mungkin korang boleh cuba juga rasa overnight oats ni. Mana tahu boleh terus suka dengan rasa overnight oats yang sedap!

Rasa dia memang lain macam sedap. Buat pertama kalinya Fiza cuba dengan menggunakan bahan yang ada. Kira bahan bajet la ni. 

menu-sahur-overnight-oats-yang-sihat
Bahan bahan
Quaker Oats
Brown Sugar
Honey
Susu tepung bancuh dengan air sebab takde fresh milk.
Buah anggur
Bekas kaca @ plastik

Cara cara
1. Masukkan oats untuk layer bawah sekali
2. taburkan brown sugar, kemudian honey
3. Ulang step 1 dan 2 sehingga hampir penuh. Make sure layer bawah sekali dan atas sekali adalah oats.
4. Last sekali baru tuangkan air susu. Jangan terlalu banyak nanti cair sangat pulak.
5. Then letak buah anggur. Kalau buah macam apple dan jenis cepat lebam tu better letak bila nak makan nanti. 
6. Simpan semalaman, esok dah boleh makan untuk sahur atau hari biasa untuk breakfast. Lagi sedap makan sejuk². Inilah sebabnya dipanggil overnight oats sebab kena simpan dulu dalam peti ais.

Nyummylicious!
menu-sahur-overnight-oats-yang-sihat

Sebenarnya macam² bahan korang boleh letak dalam overnight oats ni. Fiza termissed letak yogurt sebab takde. Next time baru letak. Kalau letak strawberry lagi sedap ni. Oppss.. puasa. Kawal saliva ye. Kuatkan iman, tahan godaan. Niat di hati cuma nak share resepi yang sihat untuk sahur.

Post a Comment

17 Comments

  1. wahh mmg nak makan oat je sahur nanti..leh try hehe tq

    ReplyDelete
  2. Cantik gelas tu beli kat mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun nak cari jar macam tu jugak..nanti senang nak buat ni

      Delete
  3. boleh la saya nak cuba ni nanti..

    ReplyDelete
  4. wahhh, sy suke oats, nestum, memg feveretssss..... adeh,dtg sini time nak buka lg 45 minits, huuuuuu :)

    ReplyDelete
  5. Sy tak suka oat..tapi tetap jgk beli sebab nak biasakan...huhu

    ReplyDelete
  6. adui. awal pagi lagi PG mai. memang nyata sungguh mengoda sis A'a :)

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa kak fizah!

    jom join ni http://www.syuhadasalleh.my/2015/06/segmen-birthday-raya-2015-by-nanienacom.html

    ReplyDelete
  8. aida ni kurang minat makan oat.
    prefer nestum hu hu hu...
    apapun, nice sharing here, idea bernas!

    ReplyDelete
  9. afzal kalau oat.. afzal lebih suka dimasak rasanya. ada ikan bilis, daging @ ayam, daun sup, kacang dan sambal sikit huhu.

    ai sedap plak.. *telan air liur

    ReplyDelete
  10. mcm best..nak cuba lah..:)

    ReplyDelete
  11. kalau letak stroberi lagi sedap kan...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.