Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Cara Buat Apam Aiskrim Cornetto Mudah

Dah lama sebenarnya nak mencuba buat Apam Aiskrim Cornetto warna warni ni. Nampak cantik je kan, siap ada topping chocolate lagi atas tu. Kebetulan jumpa resepi yang mudah ni. So share la ye kot ada yang nak cuba buat ke. Terima kasih page resepi sedap share resepi ni.

Kalau rajin dan cukup bahan bolehlah cuba buat. Sedap makan panas², lagi² kalau apam tu gebu dan lembut.


Bahan-bahan
4 biji telur
2 cwn gula kastor (pakai 1 cawan pun boleh)
3 cwn tepung gandum
3/4 cwn air ais krim soda
* nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette

- telur + gula + ovalette dipukul hingga likat (speed laju dlm 6 - 7 min)
- masukkan tepung berselang seli dgn ais krim soda

Cara² nak buat apam ais krim
1. Sediakan acuan kon seperti dalam gmbr. Guna brown paper jual nasi lemak. Pastikan bahagian yg licin di sebelah dlm & bahagian bawah tidak berlubang.
cara-buat-apam-aiskrim-cornetto-mudah

2. Susun acuan kon didalam lubang² kukus 
cara-buat-apam-aiskrim-cornetto-mudah

3. Warnakan adunan anda
cara-buat-apam-aiskrim-cornetto-mudah

4. Masukkan warna adunan pertama ke dlm kon. Kena agak² lapisan pertama tu sebab ada 3 lapis lagi.
cara-buat-apam-aiskrim-cornetto-mudah

5. Masukkan warna adunan utk lapisan kedua.
cara-buat-apam-aiskrim-cornetto-mudah

6. Masukkan warna adunan utk lapisan ketiga
cara-buat-apam-aiskrim-cornetto-mudah

7. Siap untuk dikukus selama 10 - 15 minit
cara-buat-apam-aiskrim-cornetto-mudah

8. Dah masak, sejukkan dahulu
9. Cairkan coklat dan pipekan ke atas apam tadi. Letak coklat agar apam yg di atas tak nampak. Boleh letak badam nib atau choc rice mengikut kreativiti.
cara-buat-apam-aiskrim-cornetto-mudah

11. Tunggu sehingga cokelat betul² keras (nak cepat masuk peti ais), barulah boleh dibuka acuan kon & lihatlah hasilnya.

Nak buat banyak lapis & warna boleh aje, kena agak² le bila memasukkan adunan ke dlm kon.Teruja betul tengok apam aiskrim yang cantik dan gebu macam ni. Tak teringin ke nak mencuba??

Credit info & image : Resepi sedap

Post a Comment

14 Comments

  1. cantikkkknyewwww, pergh...bila tah nak buat,

    eskrim oreo pn x sempat lg nk buat rituuu, hmm.... ade jual.nak gak ghaserrr

    ReplyDelete
  2. menarik!
    memang akak akan cuba buat..
    tq for sharing..

    ReplyDelete
  3. cantiknya... rasa sayang nak makan.. nak try buatlah weekend ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. wow comelnya.. kalau rajin boleh buat sendiri nih..

    ReplyDelete
  5. menarik ni ...boleh cuba buat untuk anak kat umah nnt

    ReplyDelete
  6. tengok macam sedap je ni fiza...

    ReplyDelete
  7. anak2 mesti suka nak makan bila tengok warna2 yang cantik tu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.