Dalam kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan, kita juga perlu berakhlak baik di bulan Ramadhan. Ini kerana dengan melahirkan kerperibadian yang baik, bermoral, berakhlak mulia serta tertanamnya rasa iman dan taqwa kepada Allah SWT, InshaAllah kita akan mendapat keberkatan dari ibadah puasa yang dilakukan.
Sumber dari google |
Keberkatan di bulan Ramadhan adalah redha Allah SWT kepada orang orang yang beriman menjalankan ibadah puasa kerana kesedaran diri dan takut akan dosa. Mereka yang menjalankannya dengan niat yang tulus dan mengharap redha Allah SWT akan mendapat balasan pahala yang berlipat ganda.
Keberkatan puasa di bulan ramadhan bukan hanya di bulan Ramadhan tetapi akan berterusan di bulan-bulan berikutnya. Oleh sebab itu, kita perlu berakhlak baik sentiasa dengan melakukan perkara² berikut untuk terus mendapat keberkatan dari-Nya.
1. Kejujuran: Puasa mengajar kita tentang kejujuran kerana melaksanakan ibadah puasa perlukan kejujuran. Ibadah puasa merupakan ibadah tersembunyi yang hanya diketahui oleh diri sendiri serta dan Allah SWT. Jangan tipu dengan diri sendiri berkata puasa sedangkan tidak berpuasa.
2. Sikap Prihatin: Sikap prihatin mengajar kita untuk berkongsi rezeki dengan bersedekah kepada mereka yang kurang berkemampuan menikmati juadah berbuka.
3. Bertanggungjawab: Mestilah bertanggungjawab menunaikan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan. Mampu menahan segala nafsu, kuat dan iman yang teguh dan terus berpuasa dalam bulan Ramadhan.
4. Menjaga tutur kata: Bukan sahaja kita kena menahan lapar dan dahaga malah kita juga perlu menahan diri kita dari bercakap perkara yang sia² terutamnya mengumpat dan menabur fitnah.
5. Menjaga peribadi : Selain tutur kata, penampilan peribadi perlu juga di ambil kira dari segi menjaga aurat dan juga sikap.
6. Sabar : Di dalam bulan puasa kita kena banyak bersabar dalam menempuh pelbagai ujian. Walau apapun berlaku kita perlu bersabar supaya iman kita terpelihara. Barulah mencerminkan keperibadian seorang Islam.
Jika kita berakhlak baik di bulan yang mulia ni, makanya kita akan merasa nikmatnya saat berbuka puasa tu kerana kita telah berjaya melawan hawa nafsu dan telah menang menghadapi pelbagai rintangan berpuasa. Dan kita juga akan rasa bersyukur kerana dengan bantuan Allah SWT kita mampu bertahan sehingga habis berpuasa disebabkan niat kita yang Ikhlas.
Notapink : Jaga hati, hiasi peribadi.
alhamdulillah..semoga kita sama2 mendapat keberkatan Allah dgn mengamalkan sifat2 terpuji ni..
ReplyDeleteterima kasih sudi berkongsi
ReplyDeletemoga kt sama2 buat baik dan lbh baiik xkira bulan apa =)
ReplyDeletesemoga kita mendapat tarbiyah yg baik di bulan mulia ni
ReplyDeletebetul, jaga hatiiii :)hiasi peribadi... Jaga hubungan dgn Dia yg Esa :)
ReplyDeletegood entry...
ReplyDeletesgt la bersetuju.
ReplyDeleteespecially last paragraph tu.
bila kita perbaiki akhlak. jaga diri. jaga segalanya. berpuasa...
then at the end kita rasa puas!!!
sebab rasa nikmat...
ikhlas tu tiang utama la...
setuju tu...dalam bulan puasa ni banyak pengajaran yang kita perolehi..
ReplyDelete