Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan

Jangan buang biji kurma selepas makan kerana bijinya juga sangat berkhasiat. Dalam Bulan Ramadhan sudah pastinya buah kurma menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Seperti yang kita tahu buah kurma mempunyai pelbagai khasiat 

1. Memberi tenaga
2. Kaya dengan serat potassium
3. Menajamkan peringatan
4. Penawar racun
5. Mengubati penyakit usu mahupun sembelit

jangan-buang-biji-kurma-selepas-makan

Itu yang kita tahu dari makan buah kurma. Bijinya pun ada khasiat jugak. Bijinya boleh dibuat kopi. Kopi biji Kurma.Kopi biji kurma ni kita boleh buat sendiri di rumah kerana proses membuatnya yang sangat mudah.

jangan-buang-biji-kurma-selepas-makan

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:
1. Memberi tenaga segera
2. Memulihkan tenaga Syahwat
3. Menyembuhkan kencing manis
4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
5. Menghilangkan letih dan lesu
6. Menghangatkan badan
7. Mengendorkan saraf yang tegang
8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
9. Menyembuhkan sakit perut
10. menyegarkan badan/tidak mengantuk
11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt
12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain
13. Melancarkan peredaran darah

jangan-buang-biji-kurma-selepas-makan

Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:
Kelembaban : 7.17 – 9 %
Protein : 1.82 – 5.2 %
Lemak : 6.8 – 9.32 %
Karbohdrat : 65.5%
Serat : 6.4 – 13.6 %
Abu, Sterol & Estrone : 0.89 -1.57 %
Polisakarida Larut Alkali : 0.89 – 1.57 %
Minyak Kuning-hijau : 6 – 8%
Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau : Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%; Stearic, 10%;oleic, 45%;
Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat : Julat sehingga 56%

Biji kurma bukan sahaja boleh dibuat kopi tapi boleh jugak di jadikan scrub untuk melembutkan kulit. Caranya dengan mencampurkan serbuk kopi dengan madu kemudian scrubkan ke kulit. Jika ada masalah kulit kepala atau rambut gugur, boleh juga campurkan serbuk kopi biji kurma dengan minyak zaitun dan sapukan ke kepala. Amalkan setiap hari InshaAllah berkesan.

Inilah kehebatan buah kurma dan disebalik biji kurma yang kita tak tahu. So bolehlah cuba buat lepas ni ye.


Credit info : http://www.siakapkeli.my/2015/06/jangan-buang-biji-kurma-selepas-makan.html

8 comments:

  1. wow... baru ku tau info nie... boleh cuba la...

    ReplyDelete
  2. wah..info yg berguna.blh try nnt :)

    ReplyDelete
  3. lahhhh, ya ka....baru tahuuuuu, hihiii~
    lau kt sekolah men dulu,,, dak laki suka men baling2 bijii, saja nk dpt perhatian la tuhh....huuuuu~

    ReplyDelete
  4. byk khasiat biji kurma ni..same la mcm buahnya..mcm nk try buat je..lg bgs buat kopi dr biji kurma kan..

    ReplyDelete
  5. Wah menarik info ni fiza., selama ni tak tahu pon ada kopi dari biji kurma..

    ReplyDelete
  6. bru tau pasal ni..lepas ni nak try buat la..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.