Pengisian Ramadhan #2 : Berpuasa

Friday, June 19, 2015

Bila tibanya Ramadhan, umat islam diwajibkan berpuasa bagi mereka yang cukup syaratnya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini Al Quran diturunkan. 

Sebagaimana Allah ta’ala berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (QS. Al Baqarah [2] : 185)
pengisian-ramadhan-2-berpuasa
Sumber dari google
Bermulanya Ramadhan, syaitan syaitan di ikat, pintu neraka ditutup dan pintu Syurga dibuka
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“Apabila Ramadhan tiba, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup, dan setan pun dibelenggu.” (HR. Muslim)

Terdapat Malam yang Penuh Kemuliaan dan Keberkahan. Pada bulan Ramadhan terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Pada malam inilah iaitu 10 hari terakhir di bulan Ramadhan saat diturunkannya Al Qur’anul Karim.

Allah ta’ala berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ – وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ – لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al Qadr [97] : 1-3)

Bulan Ramadhan adalah Salah Satu Waktu Dikabulkannya Doa

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ
“Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do’a maka pasti dikabulkan.” (HR. Al Bazaar sebagaimana dalam Mujma’ul Zawaid dan Al Haytsami mengatakan periwayatnyatsiqoh/terpercaya. Lihat Jami’ul Ahadits, Imam Suyuthi)

Kelebihan Puasa
1. Puasa adalah Perisai. Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari api neraka.
2. Orang yang Berpuasa akan Mendapat Pahala yang Tak Terhingga
3. Orang yang Berpuasa akan Mendapat Dua Kebahagiaan
4. Bau Mulut Orang yang Bepuasa Lebih Harum di Hadapan Allah daripada Bau Misik/Kasturi
5. Puasa akan Memberikan Syafaat bagi Orang yang Menjalankannya
6. Orang yang Berpuasa akan Mendapatkan Pengampunan Dosa
7. Bagi Orang yang Berpuasa akan Disediakan Ar Rayyan (pintu syurga)

Banyak kelebihan yang kita akan dapat daripada berpuasa didalam bulan Ramadhan ni. Tiada alasan untuk kita tidak berpuasa melainkan kita tidak boleh berpuasa atas sebab² yang memang tak boleh berpuasa. Jangan pulak berikan alasan penat untuk tidak berpuasa dan jangan sesekali cari alasan untuk ponteng puasa ye. Ingat tu!

11 comments

  1. Tq info mengingatkan :)
    Semoga puasa kita diterima ALLAH ,
    Kerana ALLAH tidak kedekut dgn pahala untuk hambaNYA :)

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah...masih lagi berpuasa hari ini...:)

    ReplyDelete
  3. betul.. bulan ramdhan sgt mulia.. cik en pernah berdoa bersungguh2 ms bulan mulia ini.. alhamdullah.. diberi cik en berhijrah dari free hair ke berhijab

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    singgah pagi jumaat
    terima kasih sudi berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah :)
    besar ganjaran berpuasa & beramal ibadat di bulan puasa ni :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah masih bertenaga dengan izin allah..kesihatan baik. Sepanjang puasa ambil ESP, Mealshake dan Performance Drink. Tamar tidak dilupakan juga.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Pija harap kita dapat menunaikan rukun Islam ke 3 ni dengan jayanya :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..terima kasih ats perkongsian ini

    ReplyDelete
  9. baru sempat terjah sini...alhamdulillah..thanks sharing fiza

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.