Header Ads

Latest Update
recent

Pengisian Ramadhan #3 : Solat Sunat Terawih

Solat Sunat Terawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Terawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Terawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
pengisian-ramadhan-3-solat-sunat-terawih
sumber dari google
Solat Terawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).

  • Solat Terawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
  • Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Semoga kita dapat menunaikan Solat Sunat Terawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri masing-masing..

Credit info dari Shafiqolbu


3 comments:

  1. Betul, kalau pn xsempat nk berjemaah, boleh buat personal, xlarat 20 rkaat, buat 8, lau tak gak, buat 4, tak jugakk...buat 2 pon bole....

    tp biase wt sndiri, cpt ngntokk,hohohoh~ rugiiiii sgt lau x buat, sebab, bulan Ramadan cuma sekalii, taraweh pun skliii ja setahunnnn

    ReplyDelete
  2. alhamduillah..xpernah miss lagi setakat ni..

    ReplyDelete
  3. tak dapat nak terawih tahun ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.