Pengisian Ramadhan #5 : Bersedekah di Bulan Ramadhan

Monday, June 22, 2015

Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan yang memberikan ganjaran berlipat ganda di Bulan ramadhan yang mulia ini. Diantaranya adalah bersedekah di bulan Ramadhan. Bersedekah menjanjikan banyak kelebihan dan ganjaran yang berlipat ganda bagi orang yang suka bersedekah.

Bersedekah di Bulan Ramadhan
1. Sedekah dapat menghapus dosa.
2. Orang yag bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir.
3. Sedekah memberi keberkatan pada harta.
4. Allah melipat gandakan pahala orang yang bersedekah.
5. Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur.

Orang yang bersedekah akan merasakan perasaan tenang dan berlapang dada setelah memberikan sedekah kepada orang lain yang lebih memerlukan. Bersedekah tidak menyebabkan seseorang itu miskin bahkan akan lebih dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, perbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan ni.
Notapink : Tangan Yang Memberi Lebih baik dari tangan yang menerima.

9 comments

  1. selamat menjalani ibadah puasa dan juga terima kasih di atas perkongsian ini fizah...

    ReplyDelete
  2. in sha Allah..terima kasih atas peringatan ni ;)
    semoga bulan ramadhan ni akan membantu kita membykkan ibadah kpdNya..

    ReplyDelete
  3. tq atas perkongsian ni. salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah perkongsian yg baik fiza...jom sama2 kita hulurkan sedekah dibulan yg mulia ini

    ReplyDelete
  5. bersedekah ni tk kira bila-bila..tapi dibulan mulia ni..lebih berkah dari bulan-bulan biasa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.