Responsive Ad Slot

Slider

Makanan Sahur Yang Memberi Tenaga

Nak share menu sahur lagi ni. Kalau dulu memang suka makan nasi tapi sekarang tukar menu ringkas je dengan makanan sahur yang memberi tenaga yang cukup dan berkhasiat.
Nak share menu sahur lagi ni. Kalau dulu memang suka makan nasi tapi sekarang tukar menu ringkas je dengan makanan sahur yang memberi tenaga yang cukup dan berkhasiat. Takdelah nanti rasa lesu dan tak bertenaga menunaikan ibadah puasa.

Untuk mengelakkan badan cepat letih, lesu dan tidak bertenaga, Fiza share beberapa makanan/menu yang sihat untuk sahur. InshaAllah badan akan kekal hidrat.

makanan-sahur-yang-memberi-tenaga

1. Oat
Oat bagus untuk jantung dan mengurangkan kolestrol dalam badan tetapi ia juga memberi tenaga yang berpanjangan. Anda boleh makan oat bersama susu rendah lemak, hirisan kurma dan madu semasa sahur. Boleh juga sediakan overnight oats yang Fiza share semalam tu.

2. Tembikai
Jus tembikai sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Vitamin C yang tinggi di dalam tembikai meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

3. Madu
Air madu bersama perahan lemon dapat membantu menghilangkan dahaga dan membantu pencernaan dan detoksifikasi.

4. Jus Susu Kurma
Kisarkan kurma yang telah direndam di dalam air panas bersama setengah kotak susu segar dan beberapa ketul ais. Boleh ditambahkan madu untuk rasa manis semula jadi.

5. Roti Serat
Makan roti serat bersama dengan hirisan pisang dan juga mentega kacang ataupun kegemaran ramai Nutella.

Semuanya serba ringkas dan mudah untuk disediakan. Jimat masa dan tenaga juga nak sediakan. Bagus untuk semua.

Credit : Sumber
11
( Hide )
  1. Sedapnya tengok. Haishhhh, nak kena buat sahur ni nanti. Terbaiklah

    ReplyDelete
  2. Paling penting kurangkan pengambilan ais sebab serius meletihkan huhu..
    Apa2 pun selamat menyambut ramadhan al mubaraq ye :)

    ReplyDelete
  3. info yg bagus sis. sy bersahur cuma air milo sahaja.

    ReplyDelete
  4. No.1,2 & 4 mkn smlm & sahur pg td...Alhamdulillah x mkn nasi pon still btenaga ja hari ni

    ReplyDelete
  5. dayah kalau sahur, makan tak 2 pinggan nasi, bukan adkdayah la...hehe

    ReplyDelete
  6. sy telan je ape yg mak rse nk msak sahur tuuu..asalkan halal...dan sahur...hehe~
    dlu,sahur sndiri, sedihhh je...
    so skrg, ikut la selera makkk, heheheee

    ReplyDelete
  7. Fiza no 4 tuuu ..sahur dah ada yg minum ngan ais ke huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita amalkan makanan sihat ..semoga dapat menjalani ibadah puasa penuh kesyukuran

    ReplyDelete
  9. memberi khasiat dan kesegaran sepanjang brepuasa...memang patut diamalkan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu