Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Pengisian Ramadhan #1 : Bersahur

Hari ni sahur tak? Bersahur adalah amalan penting didalam bulan Ramadhan. Hukum bersahur adalah sunatSahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. 
pengisian-ramadhan-1-bersahur
Sumber dari google
Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) 
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. 

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Hikmah bersahur itu diantaranya
  • Dapat mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW.
  • Dapat menjauhi amalan puasa bangsa yahudi, yang berpuasa tanpa sahur.
  • Membekalkan tenaga untuk beribadat kepada Allah SWT.
  • Meningkatkan keikhlasan untuk beribadat kepada Allah SWT.
  • Menghilangkan perasaan marah ketika beribadat.
  • Doa semasa bersahur amat mustajab di sisi Allah SWT.
  • Semasa bersahur kita akan mengingati Allah SWT kerana kita bangun bersahur sebagai permulaan melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). 
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Oleh sebab itu, rajin rajinlah diri untuk bangun sahur. Jangan jadi orang yang rugi.


Post a Comment

10 Comments

  1. ya betul tu Fiza.. apapun dapat bangun bersahur pagi tadi..

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan...
    Alhamdulillah..bangun sahur :)

    ReplyDelete
  3. amboiii yg ngata ttu..die xtau ke hikmah bersahur yg 2 tu? :d

    ReplyDelete
  4. Semua amalan baik, walau sekecilnya, sgt disukai ALLAH, dan pahala tetap ada,
    ALLAH Maha Pemurahhh, Tak kedeot.... :)

    ReplyDelete
  5. sgt benar.
    walaupun hanya seteguk air, sahur tu penuh hikmah.
    aida ni kalau x sahur, pengsan la :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Sahur itu sunat..sama2 kita amalkan sahur..

    ReplyDelete
  7. sekarang tak boleh nak skip sahur..takut cepat lapar..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.