Kegunaan Kotak Terpakai

Saturday, June 13, 2015

Korang ada simpan kotak² terpakai yang tak guna lagi tak? Tak tahu nak buat apa? Sebenarnya banyak benda baru yang kita boleh buat dengan menggunakan kotak terpakai. Pendek kata, kegunaan kotak terpakai ni memang banyak dan dapat menjimatkan kos

Yang penting, kita kenalah kreatif dalam menghasilkan sesuatu. Berfikir di luar kotak kononnya. Antara benda yang boleh di buat dengan kotak terpakai ni adalah pen holder. Balutkan kotak dengan sampul hadiah yang cantik². Dalam dia korang buat macam dalam gambar kat bawah ni. nak buat pun senang je.

kegunaan-kotak-terpakai


Cara yang sama jugak boleh buat tempat letak wayar, usb dan sebagainya. Takdelah berselirat wayar atau kabel yang semak macam memandang. Kalau macam ni nampak kemas je.

kegunaan-kotak-terpakai

Kalau nak sembunyikan wayar extension plug tu boleh buat cara macam ni. Cuma lubangkan kat tepi kotak je. Extension letak kat dalam. Memang cantik dan kemas macam ni. Nak guna pun senang je tak perlu nak betulkan wayar tu lagi. Then nak lagi menarik boleh labekan setiap satu tu.

kegunaan-kotak-terpakai

Selain itu boleh buat tempat letak barang² make up. Balut cantik² dan buat partition untuk setiap barang. Barulah tersusun senang nak ambil pun kan.


kegunaan-kotak-terpakai

Untuk yang menjahit craft tu boleh buat cara macam ni untuk letak riben. Takdelah riben tu hilang atau bersepah talinya. Ini nampak sistematik dan lebih menarik kan.

kegunaan-kotak-terpakai
Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat dengan kotak terpakai cuma kena lebih kreatif lah. Buat dengan kemas dan cantik², maka cantiklah hasilnya. Rajin tu kene lebih sikit lah ye. Harap idea ni dapat menyelesaikan masalah tak sedap mata memandang tu. So bagilah nampak kemas dan cantik sikit. Selamat mencuba!


Sumber gambar dari facebook


8 comments

  1. sebenarnya kalau kita ni kreatif dan rajin,banyak lagi kegunaan yang kita boleh buat dari kotak terpakai ni kan...

    ReplyDelete
  2. suke ENTRI DIY, sebab dpt diaplikasikan, dan sgt membantu...still jaga kekemasan n tmbah cute plak... pernah try, best jugak DIY ni, kena rajinnnn jerrr tuhhhh..kann

    ReplyDelete
  3. argh thanks kak fiza. kat rumah belambak kot kotak. hehe

    ReplyDelete
  4. antik dan kemas. yong byk simpan kotak tisu dan kasut. kononnya nak DIY sampai skrg tak buat2 lagi.hihi

    ReplyDelete
  5. Wahh menarik ni...Daripada buang camtu jer boleh la jugak guna untuk hari mendatang kan Fiza.. Nice sharing dear

    ReplyDelete
  6. perfect solutions.
    aida byk beli kotak kat daiso.
    letak brg2.
    but info di atas sgt berguna ~ tak perlu beli kot.
    guna kotak terpakai, beli kasut ke, beli alatulis ke kan ?
    perfect!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.