Mini Magnum HoneyComb Crunch & Classic

Monday, June 01, 2015

Malam ² ni cerita pasal ais krim Mini Magnum HoneyComb Crunch & Classic pulak dah. Tapi bukanlah kat shop magnum tu, ini hasil pembelian bersama dengan barang dapur. Of course kena ada aiskrim macam biasa. Kali ni beli aiskrim magnum pulak lah. Betul² tergoda dengan gambar aiskrim magnum kat kotak ni. Kebetulan memang teringin nak makan coklat. Memang grab terus.

Lagipun kalau beli jenis mini ni bolehlah makan berkali kali dari beli yang besar tu, sekali hadap je dah habis. Takkan nak makan sikit nak simpan² pulak. Beli yang mini ni kalau teringin esok lusa masih ada stok lagi kan. Okay jugak ada pilihan jenis mini ni sebabnya kalau makan yang besar tu jugak cepat muak. Mungkin sebab rasa coklat yang pekat tu buat rasa cukup cukup sudah. Lainlah memang hantu coklat memang boleh habis terus.

mini-magnum-honeycomb-crunch-classic

Rasanya memang manis macam biasa. Tak boleh makan selalu. Biasanya kalau makan aiskrim magnum ni kalau teringin je la tapi kekadang tu 2 3 gigit dah rasa muak. So beli satu boleh kongsi je. Jimat sebab harganya luar biasa mahal sikit dari aiskrim biasa.

yang mini ini pun comel je, nama pun mini, sekejap je dah habis. Tak sempat cair..hahaha.
mini-magnum-honeycomb-crunch-classic

Dalam pack ni ada 6 sticks. 4 Mini Magnum Honeycomb dan 2 Mini Magnum Classic. Harga RM12.90 di Mydin.

9 comments

  1. Kalau saya yg memang hantu coklat dan aiskrim, yg besar tu sekali hadap je..hehe..kalau yg kecik nie lglah, x smpt sehari..hehe

    ReplyDelete
  2. saya uska coklat dan suka aiskrim, perghhh..... sodap ! x-)
    tapi jarang beli magnum...suke beli biase punye je... haha..
    asalkann eskrim, kutelan juaaaaa ~~~

    ReplyDelete
  3. musim panas ni best mkn bnda2 sjuk..:)

    ReplyDelete
  4. terigat akak masa mengandung dulu, mmg suka makan aiskrim magnum perisa starwberi tu... seminggu mesti sekali atau 2 kali makan...

    ReplyDelete
  5. lama dah akak tak makan aiskrim sejak diet ni..
    kalau dulu tiap hari aiskrim magnum ni, sekarang dah insaf!

    ReplyDelete
  6. tak berapa sangat benda berais nih.. kecuali teringin nak makan jer..

    ReplyDelete
  7. Nak kena carikk gak yang mini ni ..Nampak kecik comel kiut jer hehehe

    ReplyDelete
  8. tetiba teringin nak makan aiskrim ni...lama kot tak makan...kalau beli mini magnum ni,confirm tak simpan punya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.