Resepi Ayam Goreng Mamak Style

Siapa yang suka makan kat kedai mamak mesti selalu nampak ayam goreng mamak style tu. Pernah nampak ayam goreng mamak macam goreng berempah tapi tak pernah rasa lagilah sebab kurang makan kat kedai mamak kan. Kebetulan tengok dapur bujang Chef Fendi ada buat ayam goreng mamak style. So apalagi terus cuba masak untuk menu berbuka semalam.

Yang suka makan ayam goreng should try this one resepi ayam goreng mamak style ni. Selain mudah disediakan, rasanya memang luar biasa sedap! Macam ayam goreng berempah jugalah tapi bahan² pun tak banyak guna.

resepi-ayam-goreng-mamak-style

Bahan
Ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih.
Garam secukup rasa
Serbuk Cili * ikut citasa. Nak pedas letak banyak sikit
Serbuk kari * ikut citasa
Tepung Gandum 2 sudu besar atau lebih ikut kuantiti ayam
1 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar dipotong²
Minyak masak

Cara-cara
1. Dalam satu bekas,masukkan ayam dan gaulkan bersama garam,serbuk cili dan serbuk kari.
2. Dah sebati baru masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga sebati. Perap dalam 5minit.
3. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
4. Bila hampir masak masukkan daun kari dan bawang.
5. Tunggu dah berbau sikit daun kari tu, dah cukup garing dah boleh angkat. Angkat sekali dengan daun kari dan bawang tu, jangan dibiarkan dalam minyak pulak. Siap untuk dihidang.

Kalau kat kedai mamak tu dia warna merah² menyala sebab letak pewarna. Tak payah pakai pewarna pun boleh. Sama je cuma beza warna je la.

Senang je kan? Thanks Chef Fendi bagi idea memasak yang simple ni. So ni Fiza bagi idea kat korang pulak untuk masak berbuka nanti. Selamat mencuba!
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wahh mcm menarik jer.. nak buat pun mcm sng.. nnt kak Alycia nk try...

    ReplyDelete
  2. simple dan sedapppppp ... mantapppppp
    :0 :)

    ReplyDelete
  3. haaaa....nk ajak join nihh,lupe sat, huhuhu~jemput join GA ye sis :) jomm supporttt gte


    http://nonasani.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html

    ReplyDelete
  4. oo..ni rupenye rahsia mamak..hihi
    buat lauk sahur sedap ni..

    ReplyDelete
  5. wow! boleh try.
    nanti aida share kat blog.
    kalau da try la :)
    nanti aida bagi kredit sini :)

    ReplyDelete
  6. bila puasa ni,puaslah terjah dan mengoogle resepi terbaru untuk buat berbuka puasa ni...boleh la nanti praktikkan..

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba ni...oo yg kat kedai mamak tu letak pewarna eaaa hehehehe tak penah mkn plak tp rajin laa tgk warna dia macam merah2 gtuu

    ReplyDelete
  8. wahhh sedap ni kak. kene cuba ni. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.