Telefilem Pelangi Yang Hilang (TV3)

Azhafizah MN
By -
4
Telefilem Pelangi Yang Hilang bakal bersiaran pada 24 Mac 2024, hari Ahad jam 10:00 malam di Slot Cereka Ahad TV3 dan penstriman lansung online menerusi platform Tonton atau aplikasi Tonton.

Pelangi Yang Hilang

Telefilem ini merupakan karya pengarah yang juga pelakon iaitu Zul Huzaimy terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd dengan menampilkan barisan pelakon Nabila Huda, Luqman Junaidi, Danish Hazriq, Asheeqa Maleeyka dan ramai lagi.

TELEFILEM PELANGI YANG HILANG

Waktu siaran : Ahad, 24 Mac 2024, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Strim online : Tonton
Pengarah : Zul Huzaimy
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Nabila Huda, Luqman Junaidi, Danish Hazriq, Asheeqa Maleeyka dan ramai lagi.
  • Luqman Junaidi sebagai Cikgu Lutfi
  • Danish Hazriq sebagai Hadi
  • Asheeqa Maleeyka sebagai Insyirah

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Cikgu Lutfi yang baru sahaja ditukarkan ke sebuah sekolah amat mementingkan disiplin kesemua anak muridnya. Cikgu Lutfi runsing dengan Hadi, seorang pelajar yang selalu ponteng dan datang lewat ke sekolah walau telah di denda atas kesalahannya.

Disebabkan kerana kasihkan anak muridnya itu, Cikgu Lutfi menjaga kebajikan Hadi dan adiknya Insyirah yang kematian ibu mereka tetapi konflik timbul bila Mak Saudara mereka pulang untuk mengambil wang peninggalan arwah ibu mereka dan mendera mereka.

Ikuti kisah mereka dalam Pelangi Yang Hilang di TV3 dan Tonton pada hari Ahad, 24 Mac jam 10 malam.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Mak sedara tau nak amik duit je.. anak sedara tak nak dijaga.. byk berlaku juga skrg ni huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap semakin pupuslah manusia yang tamak haloba ni.

      Delete
  2. Baiknya cikgu lutfi . Sentiasa jaga kebajikan hadi & aisyah . Diorang anak yatim piatu ke ? . Jahat betul mak saudara diorang dah ambil hak anak-anak yatim . Pastu dera pulak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung jika ada cikgu sebaik cikgu Lutfi ni. Memang jahat sungguh kan. Dahlah ambil duit, dera pulak tu. Apa nak jadilah.

      Delete
Post a Comment