Makan Tengahari Lewat Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Azhafizah MN
By -
12

Dalam perjalanan balik rumah dari KL, perut lapar pula. Jomlah kita singgah Richiamo Coffee Pajam, Nilai alang-alang nak balik ikut situ.

Ini kali kedua kami singgah makan di sini. Suka juga dengan suasana Richiamo Coffee Pajam ni sebab cafe dia di tingkat atas dan dinding berkaca. Dapatlah jamu mata sekali tengok permandangan luar. 

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Pintu masuk ke Richiamo Coffee di tingkat atas. Sebelah kanan kedai mamak, sebelah kiri MR.DIY. Jomlah kita naik ke atas.

Buat pesanan di kaunter, bayar dan diberikan pager buzzer. Nanti order dah siap dia akan berbunyi dah ambil di kaunter. Sementara menunggu pesanan siap, ambil gambar di sudut yang menarik. 

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mana-mana Richiamo Coffee, saya perasan dekorasi dia menarik dan selesa. Memang sesuailah untuk lepak mengopi dan menjamu selera.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Nampak cantik pula Papan tanda Richiamo Coffee dengan bayang-bayang dari limpahan cahaya menebusi dinding kaca tu. 

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Semasa kami sampai hanya 2 meja je ada pelanggan. Kami memilih untuk duduk di sudut tepi dinding kaca.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Pelanggan lain di sudut sebelah kiri. Macam biasa kalau ada orang saya malas nak ambil. Kalau makan di sini mesti tak ramai orang sangat. 

Richiamo Coffee Pajam Nilai

hazelnut latte

Tak lama menunggu, kopi hazelnut latte panas saya pun siap. Camera minum dulu macam biasa. Sedapnya menghirup hazelnut latte suam-suam gitu. Art latte yang cantik! Terima kasih Barista buat kopi hazelnut latte yang sedap.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Set nasi ikan tenggiri asam pedas

Kalini saya cuba set nasi ikan tenggiri asam pedas. Nasi didatangkan bersama ikan masin, hirisan timun, lobak merah, salad dan sambal belacan bersama semangkuk ikan tenggiri (sepotong) asam pedas.

Pertama kali cuba menu ni. Rasa asam pedas yang sedap tapi tak terlalu pekat sangat. Kurang pedas dan agak masam sikit. Kalau pedas dan pekat lagi pasti lagi sedap. Tapi kalau nak buat rasa-rasa tu okaylah. Kot lah teringin makan asam pedas, boleh je makan di Richiamo Coffee.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Set nasi patin tempoyak

Encik suami pula pilih set nasi patin tempoyak. Macam biasa nasi bersama kawan-kawan dia dan semangkuk patin tempoyak.

Sebenarnya saya tak makan ikan patin. Tapi sajalah cuba rasa-rasa kuah dan isinya sikit. Tak tahu lah nak diterangkan macamana rasa dia sebab kita tak biasa makan kan.  Rasa macam rasa tempoyak tu lebih.

Tapi encik suami kata macam masam sikit pula. Mungkin kalau pedas sikit lagi okay kot. Tapi nak tambah pedas dengan sambal belacan tak boleh pula sebab dia tak makan sambal belacan.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Bila dah lapar, lupa dah mana yang kurang.

Post a Comment

12Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Tempat makan akak kalau balik rumah NS. Sebab dekat sangat dengan rumah 😁
    Tempatnya memang selesa dan tak ramai orang, boleh makan dengan tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira tempat favourite kak Ujie jugalah ni ye. Betul kak, rasa best makan kat sini.

      Delete
  2. ammi belum makan makan heavy dish kat richiamo. slalu beli puff and minum kopi je.
    ammi pun tak makan patin...tempoyak lagilah. tapi taktaulah kalau dorang buat patin masak masakan lain ammi makan ke tidak..sbb selalu org masak dgn tempoyak jadi totally no la for me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cubamakanan berat pulak. Kena cuba, baru tahu kena dengan selera ke tak.

      Delete
  3. Dia punya deko tu emmang feveret saya.. Suka tengok..
    Makanan-makanan ini memang tak pernahlah cuba.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka. Simple tapi menarik.
      Nanti-nanti bolehlah cuba makanan pulak.

      Delete
  4. waduhh
    ada patin tuuuu
    best nyaaaa
    fav sy
    ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh patutlah. Peminat patin pantang kalau nampak, haruslah tempting kan.

      Delete
Post a Comment