Hadiah Yang Terbang Dari Jauh Selamat Diterima

Azhafizah MN
By -
20
Sedang lena beristirehat, dikejutkan dengan panggilan telefon. "Cik Azhafizah ke? Saya depan rumah ni nak hantar parcel. Ada orang kat rumah tak?". Dengan keadaan mamai dan suara macam keluar tak keluar je, saya jawab jugalah. Padahal masih sakit tekak, suara kedengaran masih rock.

Ada! Tapi saya tak sihat tak boleh keluar, letak je dalam pagar.

Okay baik, nanti saya hantar gambar di whatsapp. Saya balas dengan Terima kasih lalu letak phone. Bersiaplah kita dengan pakai parka dan tudung sarung ambil parcel. Tudiaa, dia campak dari pagar terus atas bonet kereta depan. Letak atas lantai dalam pagar pun dah cukup dah. Ini dicampaknya.

Agaknya dia tengok description di consignment note barang yang tak mudah rosak kot. Itu yang dicampaknya tu. Mujurlah encik suami parkir kereta dekat dengan pagar sikit. Kalau jauh ke dalam, jauh lagi dicampaknya kot. Nak marah tapi kena sabar. Bulan puasa. Kannn...

Teringat entry blog Kak Amie dah pos hadiah untuk top komentator blognya. Agaknya inilah parcelnya kot. Ya betul! Tepat sangkaan saya. Mendarat dengan selamat sudah hadiah yang terbang dari jauh ni. 

Terbangnya dari satu kapal terbang ke kapal terbang yang lain. Dari luar negara sampailah ke dalam negara. Jauh perjalanannya.

Dalam mamai tadi, terus segar jadinya. Tak sabar nak buka bungkusan nak tengok apa isi dalamnya. 

Hadiah dibungkus rapi dalam woven beg berwarna oren dengan kertas bercetak nama berserta alamat sebelum dimasukkan ke dalam bungkusan plastik hitam. Teliti betul Kak Amie menyiapkan setiap bungkusan diterima pada penerima yang betul.

Setelah dibuka beg kuning oren, inilah isi-isinya. Macam-macam adaaa... Semuanya hadiah dari jauh-jauh yang selamat mendarat dan diterima dalam keadaan yang baik.

Hadiah Yang Terbang Dari Jauh

  • Baklava Turkiye
  • Fridge magnet Macedonia
  • Keychain Sarajevo
  • Mini pouch Istanbul
  • Kaftan

Seronok bukan kepalang dapat hadiah macam-macam dan lebih istimewanya dapat hadiah dari luar negara. 

Baklava dah selamat masuk perut. Dulu pernah makan baklava tapi macam versi kering gitu. Yang ni mungkin manisan dia dah mencair. 

Hadiah Yang Terbang Dari Jauh

Bertambah lah koleksi keychain dan fridge magnet saya. Kaftan atau orang panggil baju kelawar tu wangi betul. Kata Kak Amie, bauan tu bauan minyak wangi yang dibeli di Bulgaria. Wangi betul! Sayang pula nak basuh kaftan tu. Hihi...

Rasanya lama betul saya tak pakai baju kelawar tu. Musim-musim panas ni pakai baju kelawar yang fabriknya kapas memang rasa nyaman sikit. Terima kasih kak Amie bagi kaftan warna favourite saya.

Terima kasih kak Amie berkongsi rezeki dan kirimkan hadiah semua ni. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan, dillimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin...

Dalam pada kurang berblogwalking, terselit juga nama di senaraikan dalam top komentator blog Kak Amie Mac 2022-Januari 2024. Rezeki tak salah alamat. Selamat sudah diterima. 

Siapa suka masak dan kaki jalan, wajib singgah blog kak Amie. Banyak infonya.

Tags:

Post a Comment

20Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. tahniah top komentar...mcm2 adiah dpt tu

    ReplyDelete
  2. Tu diaaa...banyak oleh-oleh dari luar negara. Ada baklava tu paling istimewa.

    Tahniah Fiza 👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kannn..Bermacam-macam oleh² dari merata tempat. Alhamdulillah...
      Terima kasih Kak Ujie.

      Delete
  3. alhamdulillah..congrats....meriah hadiahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Terima kasih.
      Meriah macam-macam ada.

      Delete
  4. Tahniah Fiza..seronok kan dapat hadiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih kak.
      Ya, memang seronok dapat hadiah.

      Delete
  5. Ada juga ya baklava yang dibungkus secara komersil. Selalu nampak jual secara biasa.
    Hehe tidak bayang baju kelawar disrmbur wangian.
    Tahniah Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu kak. Tahu-tahu dapat macam tu dah dibungkus dan seal elok. hihi..bauan wangi menerpa hidung. Alhamdulillah. Terima kasih kak.

      Delete
  6. Alhamdulillah kiriman sudah selamat sampai.
    Wangian dari Bulgaria itu masih harum ye Fizah... White Rose namanya.
    Banyak terbang-terbangnya ye oleh-oleh kecil tu rupanya. Baru perasan naik bas Bosnia -Macedonia - Turkey - Dubai - Kuala Lumpur - Tawau patah balik dari LD - KK - Kuala Lumpur hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih banyak² Kak Amie.
      Ya, masih harum tapi hilang selepas dibasuh. hihi..Baik, terima kasih share bauan dan namanya tu.
      Banyak tempat terbangnya tu. Merata-rata perginya.

      Delete
  7. Tahniah Fizah. Wah, kak Amie melancong sampai ke Sarajevo ye. lama tak bw ke sana. kena terjah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Merata² Kak Amie berjalan. Jom kesana Sal.

      Delete
  8. Tahniahh..Seronoknya dapat Macam Macam hadiah... Segar terus Nampak hadiah sampai depan mata kan..hehee

    ReplyDelete
  9. Selalu juga singgah blog kak amie ..sebab dia banyak share menu-menu , resepi . Menarik . Tahniah dapat cenderahati dari luar negara . Cantik la fridget magnet tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, blog kak Amie banyak menu menu sedap dan rare. Alhamdulillah.
      Terima kasih Lyana.

      Delete
Post a Comment