Rindu Kasih 2 Episod Akhir, Mungkinkah Ada Sambungan Rindu Kasih 3

Azhafizah MN
By -
6
Bagi yang mengikuti Drama Rindu Kasih 2, 18 Mac 2024 merupakan episod akhir. Macam biasa, ada yang berpuas hati dan ada yang tidak dengan ending ceritanya. Nampak macam endingnya tergantung. Mungkinkah ada sambungan lagi Drama Rindu Kasih 3?

Rindu Kasih 2 Episod Akhir

Amir

Amir nak dermakan hatinya untuk Fayyad menggantikan Ina disebabkan hati Ina tak sesuai. Halijah tak izinkan, tak bagi Amir dermakan hatinya. Amir tetap dengan keputusannya untuk selamatkan Fayyad. Sebelum Amir mendermakan hatinya, dia sempat minta izin dan minta maaf pada Halijah.

Dalam perjalanan ke hospital, Hisyam datang ke rumah Amir menculik Halijah. Hisyam ugut Amir nak bunuh Halijah kalau Amir masih nak teruskan berkahwin dengan Ina. Amir tak jadi ke hospital. Dia pergi jumpa Murni dan Mak Ngahnya bertanya dimana Hisyam. Mereka pun tak tahu.

Amir terus pergi cari dan jumpa Hisyam bersama Halijah. Disinilah Amir ditikam oleh Hisyam. 

Salina

Salina menolak pinangan Hisyam yang disampaikan oleh Murni. Ina akhirnya menerima lamaran Amir untuk rujuk semula. 

Hati Ina tak pernah berubah, abang. Walaupun Ina pergi jauh, abang tetap bertakhta di hati Ina. Takkan ada lelaki lain boleh ganti abang. Ina terima.

Pada hari pembedahan Fayyad. Ina dapat panggilan daripada Amir, dia dalam perjalanan ke hospital. Kemudian selepas Hisyam mengugut akan membunuh Halijah, Amir terpaksa memberitahu Ina yang dia tak jadi dermakan hati dan menyuruh Ina kahwin dengan Hisyam.

Luluh hati Ina. Dalam masa yang sama, doktor memberitahu yang Fayyad tidak dapat diselamatkan. Murni datang berjumpa dengan Ina, bertanyakan tentang Fayyad. Ina masih tidak boleh terima kenyataan yang Fayyad sudah tiada.

Murni rasa serba salah untuk bagitahu Ina yang Amir juga telah meninggal. Bila Murni bagitahu Ina, Ina anggap Murni bergurau dan tidak bercakap perkara yang bodoh. Sudahlah kehilangan anak, kehilangan juga orang yang di sayangi. Berjurai-jurai air mata Ina dan Murni. Terasa sedihnya tu! 

Halijah

Masa Amir bagitahu yang dia akan dermakan hatinya pada Fayyad, Halijah sangat marah. Lalu dia pun pergi jumpa Ina di hospital dan marah Ina sebab biarkan Amir dermakan hatinya pada Fayyad. Sampai menyumpah-nyumpah lah Halijah tu dengan Ina.

Halijah teruk dipukul oleh Hisyam. Amir, anak kesayangannya ditikam Hisyam di depan matanya sendiri. Halijah masih tidak dapat menerima Amir telah tiada. Dia jadi gila. Masa pergi jeti tu dia berhalusinasi panggil Amir dan jatuh ke dalam air. Halijah meninggal dunia.

Hisyam

Akibat cinta tak dibalas, Hisyam sanggup bertindak diluar jangkaan. Sudahlah Murni di pukul sebab pinangannya ditolak. Padahal bukan salah Murni. Ina pun dah bagitahu Hisyam yang dia hanya sayangkan Amir seorang. Tidak ada sedikit pun sayang dia pada Hisyam. Lagilah Hisyam mendidih dengar.

Itu yang dia menculik Halijah dan mengugut Amir sampai sanggup tikam amir sampai mati. Akibat dendam, buruk jadinya.

Murni

Murni bertemu Hisyam di penjara dan minta fasakh. Dia tak tak rela nak menjadi mangsa pukul Hisyam lagi dan mungkin kasih sayang pada Hisyam dah tiada. 

Ending

Sebelum Amir ke hospital, Amir telah serahkan tiket umrah dan aset atas nama Ina pada abangnya, Iqbal. Ina dapat pergi ke Mekah. Disana, ada satu suara menyapa Ina dengan "Assalamualaikum"...
Tamat.

Persoalannya, siapakah yang memberi salam pada Ina? jeng jeng jeng. Mesti ada sekuel ni nanti. Tapi macam tak syoklah Amir dan Fayyad dah tak ada. Watak Halijah, mak mentua dari neraka watak penting juga buat orang geram. 

Boleh lah ambil iktibar, jangan jadi mak dan mak mentua macam tu.  Asyik nak guna tiket syurga je. Sedangkan apa yang dia buat tu salah.

Ada beberapa watak yang tergantung juga. Tak tahu apa jadi dengan Rita. Kak Long dengan Cik Yam dalam penjara tu ingatkan dia akan keluar tolong Salina dan perati Halijah. Rupanya tidak. 

Nilai moralnya, jangan simpan dendam. Dendam tak akan bawa kemana-mana. Buruk padahnya dan hati tidak akan pernah tenang. Sebaliknya, memaafkan dan berlapang dada.

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Penulis skrip kena perah otak nak cari siapa pulak watak antagonis lepas ni. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kann...agak mencabar nak meneruskan legasi drama ni dengan banyak watak tak ada.

      Delete
  2. Bg CCL drama ni memang best . Dah follow dari musim pertama lagi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...samalah, tengok dari musim 1 lagi. Itu yang follow musim 2 ni.

      Delete
  3. yg season 1 pun x tgk fiza😁tapi sy amik tahu jg laa cerita ni smpi ending dia dulu viral jg kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu ending tu kira into the scene jugalah. Ya, sebab viral ramai juga yang layan.

      Delete
Post a Comment