Makan Tengahari Di Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Azhafizah MN
By -
14

Richiamo lagi??? Ya, begitulah. Bila dah tak ada idea nak makan dimana. Situ je lah pergi dia. Sebelum menderma darah di AEON Seremban 2, pastikan kena makan dulu. 

Kami makan tengahari dulu di Richiamo Coffee City Park Seremban 2. Tempat yang kami mula-mula mengenali Richiamo Coffee. Jadi, ini kali kedua kami pergi di cawangan sini.

Macam biasa suasana di sini sangat tenang dah tak ramai orang. Taklah kalut cari meja atau menunggu pesanan lama.

Sebenarnya tak ada idea nak makan apa. Bila belek-belek menu di kaunter nampak soto available, kita pun pesanlah soto. Lama tak makan soto kan. Macam biasa juga minuman pesan hazelnut latte panas.

Encik suami pesan set nasi dengan daging asap salai masak lemak cili api dan air salted caramello latte panas juga. Lepas tu tambah chicken wing korea tu, apa entah nama menu dia. 

Dah pesan dan bayar. Baru duduk di meja, katanya menu tu habis. Sudahnya tukar ayam goreng korea tu dengan nugget tempura. Tak ada rezeki lah kita nak cuba rasa ayam goreng korea tu.

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Terperasan mesin kopi Richiamo ada label Richiamo CP S2. Di Pajam tak perasan pula ada label lokasi ke tidak.

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Ada 2 3 meja sebelah kanan ada pelanggan lain. Kita ambil gambar di ruang yang tak ada orang je lah ye.

Tertarik dengan dekorasi lampu yang menarik ni. Lampu dia malap-malap vibes romantik gitu.

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Tiba-tiba macam rajin pula nak memotret poster-poster typography yang dihias di dinding cafe.

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Coffee is always good idea

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

It's Coffee O'clock

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

All you need is love and more coffee

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Hazelnut latte always the best lah. Encik suami pula macam biasa dengan salted caramello latte, kali ni versi panas.

Teruja nak rasa soto ni. Tapi bila tengok rupa paras soto ni jadi macam kecewa sikit. Mana taugehnya? Patah selera nak makan soto tanpa taugeh. Dahlah kita penggemar taugeh tau.

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Nasib baiklah sup dia sedap. Bergedil ada 2 ketul, isi padat. Nasi impit pun banyak. Cuma kurangnya tak ada taugeh dan sambal kicap tak pedas. 

Lauk daging salai asap ni macam biasa sedap. Santan pekat dan berasa lauk dia. Daging pun lembut dan aroma smoky tu ada. Dia tak macam di Richiamo Coffee UKM yang macam guna santan kotak. Yang ni guna santan segar barulah sedap.

Richiamo Coffee City Park Seremban 2

Yang saya suka kalau makan set nasi di cawangan sini, salad dia sedap macam acar jelatah. Bukan sekadar hirisan timun, lobak merah dan salad semata-mata. 

Lain cawangan, lain cara hidangannya. Tak standardized gitu.

Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Pergi Richiamo kat Putrajaya ni minum kopi dan makan kek je....suka environment kat Richiamo ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan environment Richiamo Coffee ni. Port ngopi lepak santai yang menarik. Kopi pun sedap.

      Delete
  2. kelemahan Richiamo tu jelah, tak standard. pernah makan sup cendawan rasa powdery, macam pakai serbuk sup je rasanya. tapi kopi selalunya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, lain tempat lain rasa dia. Kopi tu je lah yang sentiasa sedap walau dimana saja.

      Delete
  3. Environment dia tu memang nice.. Sha pernah sekali je masuk tu pun beli kopi.. Makanan tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, nice sangat. Nanti kot beli kopi boleh cuba makanan sekali.

      Delete
  4. wahh macam best je..x pernah lg try makan kat RC ni..blh la try nnt..hihi

    ReplyDelete
  5. setiap cafe richiamo coffe ni ada design dan vibes yang tersendiri kan , makanan pun tak kurang sedapnya . memang terbaik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, setiap cawangan ada vibes dia sendiri. Makanan ada yang ok dan ada yang kurang juga. Tapi kopi maintain sedap!

      Delete
  6. so far tak pernah lagi try mana2 makanan
    yang ada kat richiamo
    kopi je laa selalunya...
    nampak sedap pula lauk daging salai tu...
    fuhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging salai tu kalau cawangan sini memang sedap. Puas hati. Nanti cubalah. Kopi RC sentiasa sedap.

      Delete
  7. Entah hari Ahad atau Isnin lepas sewaktu jalan-jalan Kelantan dan Terengganu Kak Amie ternampak Richiamo Coffee. Tapi tak ingatlah mana satu negerinya. Terus teringat entri Fizah selalu singgah minum di tempat tersebut. Kak Amie lalu saja, tak menyinggah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih teringatkan saya. Tiba-tiba termasuk dalam fikiran Kak Amie bila nampak RC. Boleh jadi duta dah saya ni. hihi...Nanti kalau jumpa cawangan lain bolehlah singgah makan dan minum di RC.

      Delete
Post a Comment