Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Azhafizah MN
By -
8

Hari Ahad lepas, kembali beriadah di KOMBES setelah terperap workout dirumah je sebab batuk dan selsema. Encik suami ajak ke KOMBES sebab dia pun nak buat prepation untuk stress test. Saya pun macam dah okay sikit lepas menyerah diri.

Mulanya saya kata nak teman je lah duduk tepi. Tapi lepas tu macam rugilah pula datang duduk je. Saya hanya brisk walk dan slow jogging je sambil sambil tu. Takkan nak tengok je kan. Dapatlah buang kalori sikit lebih kurang setengah jam 5 pusingan lebih. Jadilah dari duduk saja.

Kami pergi lepas solat tarawih, sampai je KOMBES macam gelap je kawasan balapan tu. Lepas satu pusingan, rupanya pukul 10 malam baru bukak lampu di bulan Ramadan ni. Masa kami sampai pun tak ramai orang macam biasa. Masing-masing tak habis tarawih lagi kot.

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Sebenarnya dah workout di rumah, brisk walk dan slow jogging ni untuk tambah steps. Target sehari 7500 steps ke atas. Biasanya saya akan workout waktu pagi atau petang atau selepas tarawih. Ikut mana waktu yang sempat. 

Untuk dapatkan 7500 steps dan ke atas tu kena workout lebih dari 40 minit macam tu kalau berlari setempat. Lari berleha-leha je lah tapi.

Awal bulan puasa haritu memang tak larat. Hari pertama dan kedua tumpas, lansung tak workout. Bulan Mac banyak rompongnya. Bulan lepas dapat perfect February. Kurang sihat, salah satu faktor tak mampu nak full ring setiap hari. Rompongnya setakat ni 7 hari. huhu...

Kecewa dengan diri sendiri bila mengenangkan.

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Kenapa saya target 7500 steps? Sebabnya nak menyahut weekly challenge AIA Vitality ni lah. Gigih nak kumpul points untuk tukar status bronze ke silver dan dapatkan device cashback yang encik suami hadiahkan bulan Februari lepas.


AIA Vitality

Note 
5000 steps : 25 points
7500 steps : 50 points
12500 steps :100 points

Nak dapatkan 25 points tu pun bukan mudah ye. Jenuh juga nak dapatkan 5000 steps. Tapi kalau dah biasa hari hari workout buat cardio ke, 30 minit dah boleh dapat dah. Nak lebih fun, zumba je sambil dengar lagu.

Setakat ni berjaya mencapai weekly target. Dan bila berjaya capai, dapatlah cashbacknya. Untung sangat kan. Sihat dapat, cashback pun dapat. Ini salah satu punca pembakar semangat. Cashback ni dalam masa 2 tahun. 

AIA Vitality

Kira berbaloilah kan. Bagus sangat ada program macam ni. Awareness untuk kita jaga kesihatan. Sekurang-kurangnya ada pergerakan yang kita buat untuk jaga kesihatan. Pemakanan pun kena jaga juga. 

Bulan Ramadan bukan alasan untuk kita tak beriadah. Kalau tak larat siang, lepas tarawih malam pun boleh. Kita enjoy je beriadah santai-santai. Sakit pun tak melunturkan semangat. Kudos dearself! Ayuh bersemangat!

Post a Comment

8Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Betul . Briskwalk pergi bazar tak pun boleh briskwalk pergi masjid even tempat-tempat tu dekat ngn rumah @ tempat kerja

    ReplyDelete
  2. Moga Fizah terus konsisten beriadah. Suami pun ikut menyokong ye.
    In syaa Allah akan tercapai target.

    ReplyDelete
Post a Comment