Koleksi Ucapan Dan Pantun Nuzul Al-Quran 1445H/ 2024M

Azhafizah MN
By -
2

Salam Nuzul Al-Quran 1445H/ 2024M. Al-Quran merupakan Kalam Allah dimana ianya adalah satu-satunya mukjizat yang berkekalan sehingga hari Kiamat dan menjadi panduan dalam kehidupan manusia. 

Turunnya Al-Quran bertujuan untuk memberikan petunjuk dan bimbingan agar manusia mengenal dan tahu membeza antara yang haq dan batil.

Nuzul Al-Quran 1445H/ 2024M

Manusia yang beriman dan celik hatinya, akan terus bersama yang haq kerana ia satu-satunya jalan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kitab suci Al-Quran secara teguh dan menjauhi sebarang keraguan yang dibuat ke atasnya oleh pihak musuh. 

Antara perancangan musuh ialah menimbulkan keraguan terhadap al-Quran dengan cuba mengubah isi kandungannya dan menjauhkan umat Islam dari menghayati dan mengamalkan.

Al-Quran tidak akan berjaya diubah dan diselewengkan. Ini kerana janji Allah akan memelihara Al-Quran. Inilah keistimewaan dan kehebatan al-Quran sekalipun telah lebih 1000 tahun, al-Quran masih terpelihara dan tulen.

Firman Allah SWT :

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ
Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran, dan Kami yang memelihara dan menjaganya.—Surah Al-Hijr 9

sumber : https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/10/salam-nuzul-al-quran-1441h/

baca juga : Maksud, Peristiwa dan Pengajaran Peristiwa Nuzul Al-Quran

Sempena sambutan Nuzul Al-Quran, dikongsikan senarai koleksi ucapan Salam Nuzul Al-Quran Nuzul Al-Quran 1445H/ 2024M untuk caption posting di media sosial.

Koleksi Ucapan Dan Pantun Salam Nuzul Al-Quran 2024M/ 1445H

Ucapan Nuzul Al-Quran

Ucapan 1
Selamat menyambut Malam Nuzul Al-Quran 1445H.
Kedamaian telah datang dengan pengajaran yang dapat diambil dari makna turunnya Al-Quran dalam peristiwa malam Nuzul Al-Quran tersebut.

Ucapan 2
Selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1445H/ 2024M.
Jadikan Peristiwa Nuzul Al-Quran 17 Ramadan bukan sekadar mengucapkan selamat memperingati Malam Nuzul Al-Quran, Jadikan ia sebagai motivasi diri sendiri untuk lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta Allah SWT dengan berpedoman hidup pada Al-Quran dan Sunnah.

Ucapan 3
Salam Nuzul Al-Quran 2024/ 17 Ramadan 1445H
Jadikan bulan Ramadan sebagai momentum untuk memperbaiki dan meningkatkan pemahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap isi Al-Quran kerana semakin dekat seseorang dengan Al-Quran, maka ketaatannya kepada Allah semakin meningkat.

Ucapan 4
Al-Quran adalah firman Allah SWT, dengannya hidup menjadi selamat, terarah, dan tenang.
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 1445H.

Ucapan 5
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H
Bersihkan hati, tekadkan diri menjadi umat Islam yang berakhlak untuk mendapat redha Allah SWT.
Jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman hidup untuk meraih keberkatan hidup.

Ucapan 6
Selamat menyambut dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran yang disambut pada 17 Ramadan setiap tahun kepada semua umat Islam. Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai Perlembagaan dalam setiap urusan kehidupan kita.

Ucapan 7
Selamat menyambut Malam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H.
Semoga di Malam Nuzul Al-Quran ini membuka jalan untuk bertemu pada Malam Lailatul Qadar dan terus mengingatkan bahawa Al-Quran menjadi pedoman yang mesti dilaksanakan melalui bacaan dan memahami makna yang terkandung di dalamnya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian bukan sekadar kata semata-mata.

Ucapan 8
Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam. 
Marilah kita sama-sama hayati keindahan Al-Quran pada bulan Ramadan yang penuh bermakna ini.

Ucapan 9
Sambutan Nuzul Quran adalah saat yang tepat untuk kita semua merenungkan kembali hubungan kita dengan Al-Quran. Mari kita buka hati dan jiwa kita untuk menerima petunjuk-Nya dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Salam Nuzul Al-Quran 1445H

Ucapan 10
Salam Nuzul Al-Quran 1445H.
Di malam penuh berkat ini, marilah kita perbaharui komitmen untuk mendalami dan menghayati setiap ayat Al-Quran dalam kehidupan kita. InshaAllah...

Hadith dan Surah

“Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafa’at kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.”—Riwayat Muslim

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”—HR Tirmizi No: 2910

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”—Surah al-Isra, ayat 9

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”—Al-Baqarah 2:185

 

Pantun Nuzul Al-Quran

Pantun 1
Disangka berlian rupanya kaca
Ilmu dan kejahilan tidaklah sama
Mari mengaji mari membaca
Selangkah kita mengenal agama

Pantun 2
Pergi berdua menuju pekan
Sampai di simpang membawa haluan
Di malam Al-Qadr Al-Quran di turunkan
Sebagai pedoman yang tiada keraguan

Pantun 3
Tempat menuntut dipanggil madrasah
Kalau diterjemah ertinya sekolah
Diawali dengan ucapan Bismillah
Kalam teragung kurnian Allah

Pantun 4
Alat penimbang namanya neraca
Menimbang pahala dan juga dosa
Menyeru manusia agar membaca
Dengan Nama Allah yang Maha Esa

sumber pantun : fatehahlearningcentre

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment