Akhirnya Serah Diri Juga

Azhafizah MN
By -
27

Setelah tewas dan tak sanggup menahan sakit yang berlarutan dari sehari ke sehari, akhirnya serah diri juga ke klinik. Memang dah nekad dah, kalau tak elok juga akan ke klinik. Itupun sebab siang tu tiba-tiba buang kahak nampak bercampur darah.

Sikit je lah tapi. Kita dah risau tibi atau dikenali dengan batuk kering. Walaupun sikit, kerisauan tu banyak. Lagi-lagi batuk berlarutan sampai krem perut. Sebelum kita assume apa-apa yang mengganggu fikiran, baiklah kita jumpa doktor yang lebih arif.

Akhirnya Serah Diri Juga

Lepas solat maghrib terus pergi ke Klinik. Klinik kosong tak ada pesakit lain. Lepas daftar je, nombor giliran terus dipanggil. Senang hati kalau tak ramai orang ni sebab urusan tu lagi cepat. Jenis tak suka nak menunggu lama bila ke klinik, nanti bertambah sakit jadinya. 

Doktor check tekak, check pernafasan dan check tekanan darah. Disebabkan berlarutan dan kahak ada darah, doktor beritahu juga pasal tibi tu. In case kalau tak okay dalam masa seminggu, kena pergi klinik semula lah.

Okay baiklah doktor! Doktor bagi saya ubat batuk, ubat cair kahak dan antibiotik.

Akhirnya Serah Diri Juga

Agak sakit hati jugalah dengan batuk ni. Dalam perjalanan nak pergi klinik tu, kemain senyap dia. Tekak pun tak rasa perit sangat. Sampai klinik, langsung tak bunyi batuk. Lansung tak ye! Kemain baik lagi budaknya bila nak jumpa doktor. 

Di rumah dialah terpaling batuk. Kurang asam punya batuk, ngak ada akhlak! Sabar je lah kita. Sampai rumah, kung kang kung kang batuknya. Melawan-lawan back to back. Malam kurang sikit batuknya sebab boleh legakan dengan air suam. Siang puasa, kena sabar lah menahan gatal tekak tu. 

Setakat hari ni, batuk dan selsema pun dah berkurang cuma runny nose tu kadang-kadang muncul. Kahak pun tak banyak sangat. Tekak pun rasa lega sikit, kurang gatal berbanding sebelum ni walaupun tak baik sepenuhnya lagi. Syukurlah tak sampai ke tahap demam.

Alhamdulillah keadaan semakin membaik. Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan saya. Sama-samalah kita jaga kesihatan dalam keadaan cuaca tak menentu ni. Lagi-lagi musim panas. 

Post a Comment

27Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Semoga segera sembuh dari batuk dan tiada yg memudaratkan, insyaAllah.. Amiiinnn YRA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. Aamiin...
      Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  2. Hehe boleh jadi baik berdiam diri di klinik.
    Semoga cepat sembuh. Haah sekarang risau kalau sakit berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, geram je rasa. Tak reti nak batuk bila kat klinik. Betul, risau kalau terus berlarutan.
      Terima kasih doakan untuk saya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  3. harap2 cepat sihat&sembuh ye fiza dan tak ada yang mudarat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan cepatlah sihatnya.
      Aamiin...
      Terima kasih mendoakan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  4. Semoga kembali sembuh. Panas macam ni memang risau penyakit tersebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Betul, macam-macam penyakit muncul bila cuaca panas dan tak menentu ni.
      Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  5. Moga cepat sembuh ye Fizah.
    Mudah-mudahan tidaklah terkena sebarang jangkitan.
    Hari ini seorang rakan sekerja disahkan mengidap tibi dan kami diarahkan untuk menjalani ujian saringan tibi pula! Kesian kawan ni, selepas balik umrah batuk tak berhenti, dapat tibi pula. Allahu Akbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. Tak ada yang memudaratkan dan cepat baik.
      Allahuakbar. berat dugaan dia. Semoga dia segera sembuh. Aamiin...
      Terima kasih untuk doanya kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  6. Memaaaang seriiiing seperti itu. Macam ada perasaan kan sakit nih😂. Saat kita bilang nak ke dokter, langsung membaik dia. Nanti pulang ke rumah bukan main semangat nak batuk 🤣🤣. Saya pernah juga alami 😅

    Cepat pulih lagi ga fiza. Udara sekarang tak bagus. Saya sampai beli beberapa air purifier untuk ruang tamu, dan ruang tidur juga mobil demi udara tak kotor2 sangat. Bagus utk anak2 saya yg alergi soalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dia pun takut nak jumpa doktor. Lansung jadi baik tak berbunyi. Hihi...
      If alergi lagi perlukan persekitaran dan udara yang bersih. Bagus juga langkah berjaga-jaga.

      Delete
    2. Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  7. Replies
    1. Aamiin...Terima kasih wak.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  8. Syafakillah Fiza 🤲
    Pandai pulak batuk tu behave depan doctor ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin yaa rabbal'aalamiin.
      Jazakumullah khairan katsiran.

      Delete
  9. smoga cpt sembuh & dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih doakan untuk saya.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  10. Alhamdulillah. memang stress kalau sakit tekak time puasa ni sebab tak boleh minum air kan. batuk tu macam kereta yang behave depan mkanik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencabar sikit bila siang tak dapat minum air secukupnya. Dugaan berpuasa.
      Hahaha...begitulah konsepnya.

      Delete
  11. Uish, bahaya..dah habis Makan ke tu ubatnya.. Get well soon kak.. Saya tak berapa minat batuk, lagi lagi time time bulan Puasa ni..Seram..Kalau tak larat Dan mudarat, tak yah Puasa kan..Focus Makan ubatnya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antibiotik tinggal sebiji je lagi. Terima kasih nona. Masih ada saki baki batuk yang tak hilang. Ye, seksa betul batuk bila berpuasa ni. So far masih bertahan berpuasa.

      Delete
  12. Semoga cepat sembuh kak fiza . Lagi-lagi kalau batu ni memang ambil masa la untuk sembuh . Paling x suka kalau gatal tekak . Haishhh rasa macam nak garu2 jer dalam anak tekak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih Lyana doakan saya.
      Ye, batuk ni paling tak best kalau gatal tekak tu dan tekak rasa perit. Lagi lagi bulan puasa ni. Kena banyak bersabar dan menahan sakit je lah.

      Delete
  13. Akak pun sama bab batuk memang x suka, lagi2 dapat yang jenis gatal di tekak tu...nak kena batukkan jugak sampai lega...nampaknya Fiza sesuai dengan ubat klinik tu...semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab gatal tu yang seksa tu. Kena batuk baru lega, setiap kali batuk berkahak mesti kena buang. Jenuh jugalah. Alhamdulillah, getting better. Aamiin..Terima kasih kak.

      Delete
Post a Comment