Mencuba Beras ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice

Azhafizah MN
By -
10
Akibat terpengaruh dengan posting Rina, Duriankimchijunior anak Ryzal dan Maryam. Rasa macam nak mencuba beras ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice. Nampak macam menarik pula warna beras campuran bila dimasak. Tekstur dia nampak macam beras jepun yang jenis melekat tu.

Habis je stok beras ecoBrown’s Sella Cream Beras basmathi rebus (Parboiled Basmathi Rice), terus membeli ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice. 
 
ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice

ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice 

Beras campuran yang terdiri daripada jenis brown rice, red rice dan black rice.

Enjoy even more nutrition with ecoBrown's GOLD. Every bag is packed with dietary fibre, Vitamin B complex, Vitamin E, minerals, phytonutrients, and anthocyanin. You'll love the taste, texture, and colour combination of ecoBrown's GOLD.—ecoBrown's

  • Combination of brown rice, red rice dan black rice.
  • Anthocynins antioxidant
  • High in dietary fibre
  • Gluten-free
  • GMO-free
  • Naturally cholesterol-free
Beras ni sangat sesuailah dengan orang yang mengamalkan diet. Selepas beras dimasak, nampak menarik kombinasi warna berasnya. Dulu pernah cuba brown rice tapi tak lama amalkan sebab beras tu jenis beras yang tak rasa sangat. Tapi sesuai untuk diet juga.

Campuran beras ni ada jugalah rasa sikit. Serap kuah juga. Siapa yang suka makan nasi jenis macam ni, okaylah boleh cuba mixed wholegrain rice. Kalau tak biasa, tak disarankan tapi kalau nak cuba juga boleh cuba pek yang kecil.

ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice

Macam biasa, saya guna kaedah masak menggunakan steamer letak dalam periuk nasi biasa. Steam air akan keluar warna ungu, tapisan air dan kanji terhasil pun jadi warna ungu. 

baca juga 

Beras ni agak lambat masak sikit dan perlukan air lebih. Jadi, kena masak awal dan lebihkan air. Biasa saya masak 1 setengah cup untuk 4 hidangan berbuka dan pinggan sahur. Makan sikit tapi mengenyangkan sebab nasinya kembang betul.

So far dah consume beberapa hari, macam okay je untuk teruskan makan beras ni. Sambil tu kita jaga kesihatan. Boleh juga kurangkan gula dalam nasi, kurangkan pengambilan karbo, kurangkan kanji dan kurangkan kolestrol. 

Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Rupa-rupanya macam jenis beras yang ada eh..

    ReplyDelete
  2. Cantik pulak tengok beras warna-warna gitu 😀

    Akak pernah try beras perang entah jenama apa, tapi memang terus hilang nikmat makan 😄. Tobat tak mau dah makan beras perang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang tertarik nak beli tu. hihi..Tengok Rina makan pun berselera. Tambah pula beras ni macam bagus.

      Tahu takpe kak, saya sekali je beli beras perang tu. Tak rasa apa makan. Tak boleh masuk dengan lauk pun. huhu...

      Delete
  3. Nampak cantik kejadiannya, tgok Rina makan nampak sedap aje...betul beras ni bagus dan sihat..cepat kenyang plak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, Tengok Rina makan berselera. A'ah makan sikit pun kenyang dah rasa.

      Delete
  4. Kalo yg di mix gini saya belum coba. Pernah dulu makan nasi merah, lumayan suka.

    Trus ganti nasi hitam, ini susaaah nak makan Krn memang lebih keras dan berserat 🤣.atau bisa juga saya salah masaknya.

    Kemarin saya beli pula nasi jagung dan nasi singkong. Yg ini belum coba, nanti nak masak 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beras merah tu pun macam menarik je. Nanti² nak cuba jugalah. Lain dari yang lain.
      Nasi hitam mungkin kena lebih air baru dia masak elok kot.
      Boleh cuba yang ni dulu.

      Delete
Post a Comment