Selamat Hari Wanita Sedunia (Antarabangsa), Happy International Women's Day 2024

Azhafizah MN
By -
8
Hari Wanita Sedunia/ Antarabangsa atau dalam Bahasa Inggeris International Women's Day disambut setiap tahun di seluruh dunia pada tarikh 8 Mac. Hari Wanita 2024, 8 Mac 2024 pada hari Jumaat.


Selamat Hari Wanita Sedunia Antarabangsa, Happy International Women's Day 2024

Tujuan

Diraikan sebagai penghargaan serta mengiktiraf pencapaian, sumbangan, jasa wanita dalam pelbagai bidang yang sangat signifikan dalam pembangunan negara serta memperjuangkan hak golongan wanita memilih, keadilan pekerjaan dan hak asasi manusia..

Sejarah

Hari Wanita Sedunia/ Antarabangsa bermula pada awal abad ke-20 di seluruh Amerika Utara dan Eropah.

Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Hari Wanita Sedunia pertama kali diraikan di Amerika Syarikat pada 28 Februari 1909.

Pada tahun 1945, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi perjanjian antarabangsa pertama yang mengesahkan prinsip kesaksamaan antara wanita dan lelaki.

Pada 8 Mac 1975, PBB telah meraikan Hari Wanita Sedunia secara rasmi buat kali pertama. Kemudian, ia menjadi semakin penting dan diiktiraf secara meluas pada 1977 apabila Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa

Hari Wanita 2024 Malaysia

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menganjurkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Sunway Pyramid Convention Center yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mac 2024, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Orang ramai dijemput hadir. 

Tema Warna Hari Wanita 2024

Warna ungu dipilih untuk sambutan Hari Wanita pada tahun ini. Orang ramai yang hadir digalakkan memakai pakaian warna ungu.

Tema Hari Wanita 2024 di Malaysia

Wanita Dijulang Negara Gemilang’ adalah tema bagi sambutan di Malaysia. Tema ini dipilih bagi menunjukkan kepentingan mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan gender pada semua peringkat sebagai usaha memartabatkan wanita di negara ini. 

Peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai aspek juga merupakan tonggak utama kepada pembangunan sosial masyarakat.

Tema Hari Wanita Sedunia (Antarabangsa)/ Happy International Women's Day 2024

‘Inspire Inclusion’ merupakan tema Hari Wanita 2024 yang menekankan kepentingan mengenai kepelbagaian dan pemerkasaan terhadap golongan wanita dalam semua aspek kemasyarakatan.

Ia menggariskan peranan penting penyertaan (inclusion) dalam mencapai kesaksasamaan jantina, memerlukan tindakan untuk memecahkan halangan, mencabar stereotaip dan mewujudkan persekitaran untuk semua wanita dihargai dan dihormati.

‘Inspire Inclusion’ menggalakkan semua individu mengiktiraf perspektif unik dan sumbangan wanita daripada semua lapisan masyarakat, termasuk mereka daripada komuniti terpinggir.

Logo Hari Wanita 2024

Hari Wanita 2024


Maksud 

Wanita Dijulang Negara Gemilang adalah perlambangan insan istimewa iaitu Wanita yang perlu dihormati dan disanjung atas jasa dan sumbangan yang telah dilakukan.

Warna

Biru : membentuk tulisan tema melambangkan sifat kasih dan cinta wanita kepada diri, keluarga dan negara. Biru juga lambang kesetiaan wanita kepada negara, sentiasa bersama dalam mengharungi pelbagai rintangan demi mengukuhkan perpaduan
Merah : yang membentuk gambaran hati (cinta) melambangkan sifat keberanian wanita dalam menghadapi apa jua rintangan.

sumber : www.kpwkm.gov.my |www.buletintv3.my |  suria.my
Tags:

Post a Comment

8Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. baru perasan kiter takde baju kaler purple. nasib baik work from home. hujan pun lebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tak dapatlah nak join geng purple hari ni kan. Saya pun baru perasan baju purple tak ada yang baru. Yang lama ada tapi confirm tak muat dah.

      Delete
  2. warna ungu pilihan tema untuk tahun ni , cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lebih kurang pink je warnanya. Lembut warnanya.

      Delete
  3. hari ni pakai pink
    ok laa tu
    kaler pompuan juga kannn

    ReplyDelete
  4. Lawalah tema warna ungu.
    Moga wanita sedunia sentiasa berbahagia.
    Tidak lupa doa yang baik-baik untuk saudara wanita kita di Palestine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..lawa juga tema ungu.
      Semoga Allah lindungi semua rakyat Palestine. Aamiinn...

      Delete
Post a Comment