Responsive Ad Slot

Slider

Salam Nuzul Al-Quran 1445H/ 2024M

Salam Nuzul Al-Quran 2024M/1445H. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 1445H/2024M pada hari Khamis, 28 Mac 2024M bersamaan 17 Ramadan 1445H
Khamis, 28 Mac 2024M bersamaan 17 Ramadan 1445H adalah tarikh Nuzul Al-Quran yang merupakan peristiwa penting dalam Islam untuk kita memperingatinya. Masuknya waktu Maghrib hari ni, Rabu 27 Mac 2024 dah masuk 17 Ramadan 1445H dah.

Salam Nuzul Al-Quran 1445H/ 2024M

Sambutan Hari Nuzul Al-Quran merupakan cuti umum di Malaysia untuk semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Selamat bercuti untuk mereka yang bercuti esok.

Nuzul Al-Quran, peristiwa yang bersejarah dimana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. 

Turunnya Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M iaitu tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'.
  • 17 Ramadan : Wahyu Allah SWT diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril AS. Malaikat Jibril memeluk dan merangkul baginda dengan kuat serta berkata : Iqra, yang bermaksud (bacalah)
  • 6 Kilometer Dari Mekah : Iaitu, lokasi gua hira, Jabal Nir di mana Al - Quran mula diturunkan.
  • 23 Tahun : Maksudnya, 23 tahun tempoh Al - Quran diturunkan secara beransur - ansur
  • 41 Tahun : Maksudnya, usia Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Nuzul Quran

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda antara yang benar dan yang batil.— Al-Baqarah : 185

baca juga
Sempena Hari Nuzul Al-Quran, marilah kita sama-sama memperingati, menghayati, memahami, beramal dan menjadi Al-Quran sebagai panduan hidup.
8
( Hide )

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu