Check In Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Azhafizah MN
By -
10

Encik suami check in Pavilion Hotel Kuala Lumpur agak lewat sikit yang sepatutnya jam 3:00 petang. Disebabkan urusan kerja dari pagi sampai ke petang habis lewat, jadi lambat lah check in. Lepas check in barulah ambil saya di rumah. 

Dia buat macam KL-Seremban tu dekat je. Siapa tak sayang bini oiiii, mestilah nak bawa isteri sama kan. Kalau saya ikut dari pagi memang kena sidai lama lah cerita dia.

Lepas check in dapat 2 access card. Lebih muudah dapat 2 access card. Senang urusan keluar masuk. Sebabnya nak guna lif masa naik memang menggunakan access card ni untuk naik. Kalau turun tak guna card takpe, tapi nak naik nanti macamana pula kan.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Pertama kali menginap di hotel tengah kota metropolitan ni. Kalau bukan kerana urusan kerja, entah bila nak stay sini tak tahulah. Kira rezeki jugalah ni.

Encik suami dapat bilik Grand Oasis King yang sangat luas. Masuk bilik tengok je dah wow sangat ni dengan karpet yang tebal. 

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Sebelah kanan bilik air dan toilet. Bilik air dan toilet berasingan. Senang macam ni. Kalau nak membuang tak perlu orang siap mandi dulu.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Sudut bath menu. Menarik betul siap ada penceritaan disebaliknya. Ada cermin boleh laras, gelas, botol air kaca dan kabinet kecil berlaci.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Segala kelengkapan mandi disediakan di dalam laci. Macam-macam ada. Kira lengkaplah semua ni. 

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Disudut sebelah kiri pula disediakan dua tuala muka, tisu dan juga sepasang lagi gelas kaca dan botol kaca.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Ruang tandas  dia tak luas sangat tak kecil sangat. Kira selesa lah. Tak ada accesories lain selain tisu tandas.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Ruang bilik mandi bertutup. Tapi pintu kaca lah. In case kalau tengah mandi ada orang nak masuk toilet memang nampaklah tengah mandi di dalam. Melainkan kalau mandi air panas, kaca tengah frosted, samar-samar lah sikit. Disediakan juga tuala mandi.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Bathtub yang tak sempat digunakan. Mana sempat nak berendam pun dalam masa yang singkat. Masuk pun dah lewat kan. Bilik air yang bersih.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Disediakan juga kelengkapan mandi, bath gel, conditioner dan shampoo. 

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Sebelah kiri dari pintu masuk pula ada wardrobe yang besar. Dalamnya pun ada macam-macam kelengkapan disediakan. Sepasang bathrobe, hanger, steam iron, iron board, slippers dan lain-lain lagi.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Ruang kopi-kopi. Sempat minum air masak je lah. Tak sempat nak mengopi. Sebab kita dah beli kopi panas di Café Mesra.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Bawah table top ni dalam setiap laci penuh kelengkapan untuk makan dan minum. Mampu tengok je lah. Nak kopi-kopi ke nak makan ke tak sempat. 

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Sebelum tour bilik lagi, kita wefie dulu. Suka betul kalau bilik air disediakan cermin besar macam ni. Puas hati nak bersiap pun.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Biasanya kalau tidur hotel jarang nak layan TV sangat, entah channel apa yang ada pun saya tak tahu. Sekadar buka channel apa yang ada buat riuh bilik je. 

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Bilik luas, bersih dan selesa sangat lah. Staycation duduk dalam bilik je pun tak apa. Healing sambil layan city view pun syok dah.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Workstation ada 2 kerusi. Tak sempat juga nak acah-acah buat kerja di sini sebab leka layan city view dan lepas tu tidur.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Lounge chair untuk duduk santai layan TV atau layan city view sambil hirup kopi panas pun syok juga. Hanya mampu bayangkan je. Tapi buatnya tidak. 

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Tertarik pula dengan design jam ni. Jarang hotel letak jam dalam bilik. 

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Lepas check in, aktiviti bebas. Jadi dapatlah duduk bersantai je dalam bilik. Nak jalan di Pavilion ke KLCC ke macam malas. Dah tentu ramai orang. Badan pun penat. Kita pun rehat je lah dalam bilik menikmati permandangan malam kota metropolitan yang serba sibuk.

Pavillion Hotel Kuala Lumpur

Malamnya tak pernah tua, sentiasa muda meriah dengan manusia dan kenderaan. Layan kesibukan kota. Esok kita layan permandangan di siang hari pula.

Dulu pernah teringin nak menginap di Banyan Tree Hotel view KLCC, dapat menginap di Pavilion Hotel KL managed by Banyan Tree dengan city view pun bolehlah kan.


Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Cantiknya bilik. Dapat bilik macam ni tak dapat pergi shopping pun ok jer.

    ReplyDelete
  2. tgh2 kotaraya
    boleh jln2 shopping kat pavi
    ciknur sekali je kot dtg sini
    penat nk jln2 luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berdua syoklah shopping. Kalau sorang-sorang rasa tak semangat pula. hihi...

      Delete
  3. patutnya fiza naik tren or bus je ke KL...at least takdelah bazir masa 2-3 jam husband patah balik ke seremban.

    ke awak tak berani naik bus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sebenarnya macam last minit juga. Paling mudah naik komuter. Naik bas macam leceh juga. Lebih mudah dia ambil terus je. Dia pun plan nak pick up, kita follow je lah.

      Delete
  4. dapat bilik cantik yang selesa ni best , nak naik lift guna akses card ni lagi selamat , kalau orang luar yang tak check in situ pun tak boleh ceroboh sesuka hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul, lagi selamat macam tu kan. Orang luar tak boleh masuk sesuka hati.

      Delete
  5. Waaah baguuuuus hotelnya 😍😍😍. Saya langsung liat harga di Agoda kak. Memang cantiiik harga yaa 😅😂. Sebanding lah dengan fasilitas dia. Ada plan July ke KL soalnya, jadi dah mulai cari hotel buat stay sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, harga setanding service dan kualiti facility nya. Wahh nak ke KL lagi ya, boleh survey awal. Mungkin boleh cuba stay sini juga.

      Delete
Post a Comment