Kebetulan tengah berhenti di lampu isyarat, nampak pula Menara Kuala Lumpur dari kejauhan. Kita ni pantang tau nampak apa-apa yang menarik depan mata. Mesti nak ambil gambar.
Sementara menunggu lampu isyarat bertukar ke hijau, baiklah kita potretkan kejap Menara Kuala Lumpur tu sebelum hilang dari pandangan.
Dengan kuasa 5x zoom, ini je lah hasilnya. Edit edit sikit nampaklah jelas sikit. Langit mendung je, tak ada awan kepul-kepul dan tiada juga langit membiru.
Seumur hidup saya belum pernah jejak lagi Menara Kuala Lumpur @KL Tower ni. Mungkin malas nak menempuh jem. Nak naik kenderaan awam macam malas nak jalan ke sana ke sini. Nak terus sampai je senang. Tapi malas hadap jem.
Itu yang tak pergi pergi lagi tu. Banyak pula songehnya kan! So tengok je lah dari kejauhan. Yang saya tahu apa yang menarik di KL Tower ni ada sky deck, sky box, restaurant Atmosphere 360, observation deck, tower walk dan shopping mall.Dengan kuasa 5x zoom, ini je lah hasilnya. Edit edit sikit nampaklah jelas sikit. Langit mendung je, tak ada awan kepul-kepul dan tiada juga langit membiru.
Seumur hidup saya belum pernah jejak lagi Menara Kuala Lumpur @KL Tower ni. Mungkin malas nak menempuh jem. Nak naik kenderaan awam macam malas nak jalan ke sana ke sini. Nak terus sampai je senang. Tapi malas hadap jem.
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti di Menara Kuala Lumpur dan sekitarnya. Cuma saya je lah yang tak sampai sini dan tak explore lagi. Tunggu masa yang sesuailah baru kita pergi. Entah bila tak tahu lah...
Saya pernah masuk ke KL Tower tahun 2013, wakil terima hadiah Abang Fuad menang pertandingan menulis novel. Waktu itu Abang Farid sedang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Nak ke sana memang mencabar, tapi berkat kesabaran kakak dan anak buah yang hantar naik kereta, dapat jugalah masuk ke situ, tak ingat entah naik tingkat berapa untuk ambil hadiah. Rasanya cukuplah sekali ke situ. Tak sanggup harung kesesakan! Kesian kakak habiskan banyak masa mencari tempat letak kereta.
ReplyDeleteLagilah tengah kota tu kan Kak Amie. Tak sanggup nak hadap. Cari parkir satu hal juga. Lepas tu kalau pertama kali agak mencabar perjalanan tu. Ada sekali pengalaman cukuplah. Tapi kalau ada event yang kena pergi, terpaksa di turutkan juga.
DeleteLama tak jejakkan kaki kat Menara KL ni....cantik gambarnya tu....
ReplyDeleteTempat tumpuan ramai, sesak. Jarang kita nak pergi kan.
DeleteTerima kasih kak.
Pernah pergi masa belajar dulu-dulu tapi duk kat bawah tower tu je. Tak pernah masuk dalam.
ReplyDeleteKira pernah sampai jugalah tu walaupun tak pernah masuk dalam. Lepas ni bolehlah datang lagi dan masuk dalam explore apa yang menarik.
DeleteKL memang jem , hehe.. CCL pun macam sis fiza juga pantang nampak apa-apa yang cantik terus snap gambar . Terutama gambar awan, gambar matahari .. Cantik .
ReplyDeleteKita geng! Ya, pasti tak lepaskan peluang. Haruslah kita potretkan permandangan menarik.
DeleteTeringat naik menara masa anak2 kecil, cukuplah rasanya sekali tu hehe
ReplyDeleteHihi..Dah besar ni tahu jem lagilah macam tak rasa nak pergi kan. Kira ada pengalaman juga tu.
DeleteCantik gambarnya.
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai tempat ni
Terima kasih wak. Mana tahu ada rezeki wak nanti sampai sini anak anak bawa jalan.
Delete