Hiking Bukit Senaling Sebelum Ramadan, Misi Memburu Awan Karpet Gagal Lagi

Azhafizah MN
By -
4
Hari Sabtu semalam, merancang untuk hiking sebelum bulan puasa, Ramadan. Bulan Puasa kita rehat. Mana larat nak hiking. Sebenarnya tak tahu nak hiking bukit mana. Tapi dalam negeri Sembilan lah.

Malas nak pergi jauh-jauh. Tak tahu nak hiking Bukit Senaling atau Bukit Sikai. Bukit Senaling nak memburu awan karpet. Bukit Sikai boleh hiking santai-santai sebab tak tinggi sangat dan mudah katanya.

Last-last pilih Bukit Senaling, Kuala Pilah nak memburu awan karpet lah kononnya. Sebab tak pernah ada pengalaman lagi kan. Elok pula malam sebelum hiking hujan. Pagi pagi tu saya assume macam awan karpet lamalah sikit nanti.

Bangun dah awal dah, sebelum subuh. Siap mandi, konon lepas solat subuh terus gerak dari rumah. Sekali perut encik suami meragam. Haa tunggulah dulu dia masuk bilik termenung dulu. Pukul 7.00 pagi baru gerak dari rumah Seremban.

Bukit Putus Kuala Pilah
Laluan Bukit Putus yang berkabus pada waktu pagi

Papan Tanda Kuala Pilah
Selamat Datang ke Kuala Pilah

Kuala Pilah
Matahari sedang mula naik

Sampai di Kuala Pilah, singgah pula membeli coklat dan air. Bertambah lewatlah kami. Matahari pun semakin naik tanda-tanda macam nak cuaca panas je. 

Dari jalan besar, ada papan tanda Bukit Senaling. Masuk je kampung jalan terus je akan jumpa papan tanda lagi.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Sampai kaki bukit Senaling which is kawasan kampung tu lebih kurang jam 8.00 lebih. Terlebih lewat sudah. Memang tak payah berharap lah nak tengok awan karpet.
 
Walaupun saya baca awan karpet tu pernah sampai jam 9-10 pagi macam tu. Tapi tidaklah kita berharap sangat. Ikut rezeki masing-masinglah.

Tengok di TikTok, Bukit Senaling ni antara bukit popular yang ada awan karpet. Tengah hype juga selain Bukit Batu Sawa yang ada awan karpet.

Bukit Senaling

Bukit Senaling terletak di Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan ketinggian 394 meter. Tarikan bukit ini adalah awan karpet dan kabus tebal yang dapat dilihat pada awal pagi. Laluan trail mudah dan sesuai untuk pemula.

Kami parkir di kawasan parkir yang disediakan. Kereta pun tak banyak sangat. Mungkin masing-masing tak hiking dah sebab nak bulan puasa dah kan. Atau mungkin ramai yang dah balik selepas melihat awan karpet. Bukit Senaling ni memang ramai yang hiking awal pagi sebab nak tengok awan karpet.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Kawasan parkir sebelah kanan

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Papan tanda pemberitahuan di rumah makcik pagar hitam

Selepas parkir kereta, kami terus menuju pintu gerbang kayu Bukit Senaling. Sempatlah menyapa makcik di kampung situ. Dari jauh dia dah sedekah senyuman. Saya senyum je lah. Encik suami sempat berborak dalam loghat dorang. Loghat nismilan lah apo laie.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Ruang parkir kereta sebelah kanan

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Jomlah kita memulakan ekspedisi panjat Bukit Senaling, jam 8:19 pagi

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Laluan jalan Tar

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Tempat pendaftaran

Bayaran/ Fee Permit Bukit Senaling

Setiap seorang kena bayar RM15
RM 5 untuk permit dan RM10 (car park, guider, maintenance, basic aid kit) Ini info apa yang saya baca lah.

Apa yang saya faham, kalau berkumpulan lebih 5 orang akan ada seorang guider. Kalau kurang dari itu boleh naik sendiri je. Kalau silap, betulkan saya ye.

Selesai urusan daftar lebih kurang 5 minit, kakak yang jaga kaunter tu suruh snap je gambar info guider untuk dihubungi jika ada kecemasan atau perkara yang buruk berlaku. Katanya semua guider dah naik atas. Apa-apa hubungi je. Okay, baiklah. 

Kami teruskan pendakian tanpa perlu menunggu lagi. Dahlah lambat, nak tunggu apa lagi kan. Laluan jalan tar kampung berakhir dan akan memasuki jalan tanah merah pula. 

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Jalan tar berakhir

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Ikut laluan arah yang disediakan, jam 8:25 pagi dari sini

Laluan/Trail Bukit Senaling

Laluan awal tengok macam senang je kan. Tanah merah tapi mendaki, bukan landai. Ingatkan sikit je tapi dia naik naik dan naik lagi. Tak belanja lansung, diskaun pun tak ada! Kata untuk pemula. Ini apa? Pewai (penat awai) kita!

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
naik, naik dan terus naik lagi

Beberapa kali jugalah saya berhenti, konon ambil gambar. Padahal ambil nafas kejap, sambil-sambil. Orang kata kalau penat, rehat. Kita hiking santai-santai je. Nak kejar pace jauh sekali sebab nak hiking santai je menikmati alam.

Sebenarnya laluan macam ni memang sesuailah untuk pemula. Cabaran mudah. Saya je yang tak cukup tenaga masa mendaki awal. 

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
5 minit mendaki, sampai laluan landai jam 8:30 pagi

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
sampai di kebun getah, jam 8:38 pagi

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
2 minit kemudian masuk laluan hutan semak

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Melalui kebun getah sekali lagi, jam 8:40 pagi
Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Masuk kebun/ladang kelapa sawit, jam 8:44 pagi
Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Masuk laluan hutan semak lagi

Akan jumpa sungai kecil. Saya ambil view tepi sebab laluan depan ada pendaki lain. 

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Selepas sungai akan jumpa papan tanda 1 KM. Bermakna kita dah jalan 1 KM dah. Tahu-tahu je dah 1 KM ye.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Kemudian naik bukit lagi melalui kawasan ladang kelapa sawit. Yaaa, naik bukit lagi kita. Jenuh jugalah nak sampai atas. Laluan tanah merah ni agak licin. Lagi-lagi lepas hujan. Mujurlah bawa tongkat sakti (trekker poles) kali ni. Membantu lah juga

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Sampai sini jam 8:47 pagi

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Kembali masuk laluan hutan yang kiri kanannya banyak tumbuhan pakis

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Melalui pula laluan hutan yang kejap turun kejap naik. Mana-mana laluan curam sikit dan licin tu disediakan tali.
Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Laluan yang mencabar dan agak sempit


Laluan yang agak mencabar juga. Trekker poles tak lut nak pacak sebab batu. Naik guna tali lah ye. Sambil pegang poles sambil pegang tali. Dapat bayangkan tak macamana keadaan tu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan dia.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Laluan berbatu

Ingatkan sampai sini dah nak sampai puncak sebab terang semacam. Rupanya kena scam, ada lagi laluan berbatu ke atas tu. 

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Eh, dah sampai ke? Kena scam lagi! Suka tau bagi harapan palsu kat kita. Ingatkan ayat 5 minit lagi nak sampai tu dah cukup tertipu. Rupanya bukit pun pandai menipu juga eh.

Sampai laluan landai macam puncak ni tapi bukan puncak sebenarnya. Di sini bolehlah rehat kejap. Kawasan landai yang sangat luas.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
jam 9:17 pagi

Dah dah, jangan berehat lama sangat disitu. Marilah kita meneruskan perjalanan. Masa kami naik tadi, tak terserempak dengan mana-mana pendaki lain. Kira kami ni pendaki terlewat lah. Sampai sini ada jumpa pendaki lain tengah berehat. Sorang je. 

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Marilah kita teruskan perjalanan. Walaupun nampak masih jauh lagi. Ada papan tanda 2 KM. Okay, sudah 2 KM kita berjalan. Macam dah nak dekat dah tu.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Papan tanda pemberitahuan yang diletakkan di rimbunan pakis sebelah kanan

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Masuk hutan kembali, jam 9:26 pagi

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Tangga kayu

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
Trail mendaki lagi

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah
500 meter lagi untuk sampai ke puncak

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Nampak terang atas tu macam dah nampak bayangan puncak dah. Semangat lain macam kalau dah nak sampai puncak. Tak sabar nak rehat.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Bila dah nampak berup, dah boleh tarik nafas lega dah. Maknanya dah sampai puncak tertinggi Bukit Senaling. Sampai jam 9:47 pagi. 90 minit bersamaan 1 jam setengah kami ambil masa untuk sampai ke puncak. Ye lah, ambil masa rehat dan ambil gambar lagi. Jadi lambatlah cerita dia.

Berup

Berup adalah sebuah binaan berbentuk segitiga yang mempunyai empat kaki. Ianya diletakkan di atas puncak bukit atau puncak gunung supaya mudah dilihat dari jauh. Berup antara jenis stesen trigonometri yang dibina oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk pemetaan, penanda ketinggian dan sesetengahnya digunakan untuk ukuran lot tanah.
sumber : hmetro

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Puncak Bukit Senaling

Turun sikit dari berup ni nampak papan tanda Puncak Bukit Senaling, 394 M | 1293 FT. Jomlah kita bergambar. Cuaca panas terik memancar bukan main lagi. Nak buka mata pun payah. Ambil gambar tidur je lah. Pejam mata!

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Baru nak duduk rehat. Terpandang ada bukit lagi satu. Lahhh, ada puncak lain. Jomlah kita ke sana dulu ambil gambar.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Sebelum sampai di puncak satu lagi, sebelah kanan ada port bergambar yang cantik juga. Ada papan tanda Bukit Senaling. 

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Nak senyum ke nak marah ke nak tidur, tak tahulah. Panas betul! Mujur juga tak ramai kat atas ni. Jadi tak payah nak tunggu giliran bergambar. Masa kami sampai atas pun masing-masing tengah berehat. 

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Di puncak depan tu ada papan tanda lain pula. Selagi ada papan tanda, selagi tu kita bergambar. Satu lagi papan tanda terpacak di situ dengan bendera Palestin. Cuma tulisan di situ kurang jelas, sudah memudar. Tapi tetap nak juga ambil gambar di situ. Tanda hadir kan.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Lepas dah puas bergambar barulah duduk rehat. Makan roti, coklat dan minum air sambil menikmati permandangan dari puncak Bukit Senaling yang hanya ada saki baki kabus yang tinggal. Awan karpet sudah berlalu pergi. Misi memburu awak karpet gagal sekali lagi.

Tak mengapalah. Bukan rezeki. Kita nikmati saja apa yang ada atas puncak ni. Saya perasan ada spesis bunga yang menarik. Bunganya warna pink purple. Ke fuschia entah. Cantik bunganya macam bunga sakura.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Dah puas berehat lebih kurang hampir setengah jam, kami terus turun jam 10:15 pagi. Semasa turun, berhenti 2-3 kali ambil nafas sesaat dua dan ikat tali kasut yang terbuka. Lajulah sikit bila menurun ni. Dan tak berhenti untuk ambil gambar pun. 

Bila tak berhenti banyak kali dan tak ambil gambar. Dia jadi cepat sikit sampai bawah. Ambil masa 1 jam je untuk turun. Sampai di bawah jam 11:15 pagi.

Hiking Bukit Senaling Kuala Pilah

Alhamdulillah, selesai mendaki/ hiking Bukit Senaling sebelum berpuasa. Tercapai juga target untuk mendaki bulan Mac. Hiking seterusnya bulan April nanti. 


Februari

Mac
  • Bukit Senaling

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Replies
    1. Yaa, memang seronok dapat hiking dan sampai puncak.

      Delete
  2. akak dah lama hilang pace dah..dah setahun lebih x mendaki ni...x tau bila nak start semula...eh kalau ada plan jom la lepas2 raya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh start hiking Bukit Kepayang tu kak. Dekat sikit, banyak trail boleh ikut. Lepas raya tak tahu lagi nak hiking mana. Kadang dia last minit. Nanti bolehlah plan²

      Delete
Post a Comment