Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Azhafizah MN
By -
2
Hari Raya Aidilfitri atau kita sebut juga Hari Raya Puasa, hari perayaan yang disambut oleh Umat Islam. 1 Syawal, hari raya pertama yang diraikan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. 

Salam Aidilfitri 2024

Pada pagi hari raya umat Islam akan melakukan amalan sunat seperti mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang terbaik, makan sedikit sebelum keluar masjid, solat sunat Aidilfitri, mendengar khutbah raya, saling bermaafan dan tak lupa juga mengucapkan selamat hari raya.

baca juga

Kemudian aktiviti bergambar sakan dengan keluarga. Masing-masing juga sibuk ber OOTD untuk buat hantaran di media sosial. Dah fikir ke tu nak buat kapsyen/caption apa untuk posting di Hari Raya nanti?

Sempena Hari Raya, kita ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat Hari Raya, Happy Eid, Eid al-Fitr, Eid Mubarak di media sosial dengan hashtag dan juga caption/ kapsyen ucapan yang menarik untuk gambar raya masing-masing. 

baca juga

Tak ada idea untuk berikan ucapan raya atau caption raya. Boleh ambil contoh ucapan/ caption di bawah.

Koleksi ucapan/ kapsyen/ caption Selamat Hari Raya 2024

Ucapan 1
Kian berlabuh tirai Ramadan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin

Ucapan 2
Ramadan telah kita tinggalkan,
hampir menjelma syawal mulia,
Aidilfitri berbahang gembira,
di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin

Ucapan 3
Biar hati sejernih air,
Jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah saya belum berakhir,
diharap diampun dengan rasa bersyukur.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ucapan 4
Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ucapan 5
Jika budi dipenuhi ikhlas,
Jangan ia disulam tuba,
Jika ada salah yg belum dibalas,
Harap diampun di hariraya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ucapan 6
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf Zahir & Batin

Ucapan 7
Masak lemang sambil berdiri,
Hendak makan di Aidilfitri,
Nak hantar kad raya tak dijual lagi,
Whatsapp sahaja dapat ku beri,
Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi yang ada dihujung jari,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ucapan 8
Kalau dilipek sebosar kuku
Kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicaghi
Kok hanyut dipinteh
Kok tonggolam disolam
Datang biarla nampak muko
Kok poei biarla nampak belakang
Jauh diimbau, dokek digamit
Seuntai salam, sojambak kato
Dogup bicagho, meghisik raso
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Ucapan 8
Anak Cina sungguh lawa,
Jadi pelukis di bawah pohon,
Andai kataku menusuk jiwa,
Jari disusun maaf ku pohon.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ucapan 9
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Moga silaturahim diberkati Allah SWT

Ucapan 10
Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampunan,rahmat di Ramadan lalu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ucapan 11
Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Sms dikirim pengganti diri,
Tanda ingtan tak lupa dihati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ucapan 12
Tiba kita di musim perayaan
Ramai juga yang shopping sakan
Salam lebaran daku ucapkan
Di hari raya saling bermaafan
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ucapan 13
Pelita diletak diatas para,
Hendak dinyalakan d tepi perigi,
SMS dhantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri,
Salam tulus Ikhlas Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ucapan 14
Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Ucapan 15
Di Aidilfitri Mulia
Maaf dipinta andainya 
TERkasar Bahasa, 
TERsilap bicara, 
TERmarah yang tak kena, 
TERtanya yang tak tentu hala, 
TERsasul yang tak sengaja, 
TERpukul kat mana², 
TERpinjam harta benda, 
TERmoody tak semena², 
TERumpat bila² 
dan macam² lagi yang TERsalah dan TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Ucapan 16
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Whatsappp dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir & Batin.

Ucapan 17
Ada ketikanya…
MATA silap memandang,
TELINGA slh mndengar,
LIDAH trlnjur brkata,
FIKIRAN khilaf mnafsir,
dan HATI silap mnduga.
Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidil Fitri.

Hashtag Raya 2024

#Eid2024 #SalamAidilfitri #EidMubarak #EidAlFitr #EidVibes #Raya2024

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment