Asan Lembu The Movie (2024) di Astro First

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Asan Lembu The Movie bermula 28 Mac 2024 di tayangkan di saluran 480, Astro First atau On Demand Store dibintangi oleh lakonan Joey Daud, Azhan Rani, Aprena Manrose, Kamarool Haji Yusof, Kuna Muzani, Epy Kodiang, Hafis Mustafar dan ramai lagi.

Filem Komedi ini sebuah karya M. Suzana Rosly terbitan Studio Production.

Asan Lembu The Movie

ASAN LEMBU THE MOVIE

Tarikh tayangan : 28 Mac 2024
Siaran TV : Astro First (CH480)
Pengarah : M. Suzana Rosly
Produksi : Nanord Studio Production

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon dan pelawak iaitu Joey Daud, Azhan Rani, Aprena Manrose, Kamarool Haji Yusof, Kuna Muzani, Epy Kodiang, Hafis Mustafar, Mamak Puteh dan ramai lagi.
  • Joey Daud sebagai Asan
  • Azhan Rani sebagai Ayub
  • Aprena Manrose sebagai Mary
  • Kuna Muzani sebagai Mek Tom

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Asan, seorang pemuda yang langsung tak pernah tinggalkan kampung kelahirannya dan banyak habiskan masa bersama lembu kesayangannya, Mary. Dia tinggal bersama ibunya dan mempunyai seorang kawan baik, Ayub.

Suatu hari, Asan mendesak ibunya, Mek Tom untuk menceritakan perkara sebenar yang terjadi kepada ayahnya dan kemana dia menghilang selama ni. Dalam masa yang sama, Mek Tom dapat idea untuk buatkan Asan keluar dari kampung.

Mek Tom mereka cerita dan memberi alamat palsu ayahnya untuk membuatkan Asan keluar untuk menjejaki ayahnya. Sepeninggalan Asan, Mek Tom menjual Mary, lembu kesayangan Asan untuk mendapatkan wang untuk perkahwinan dan kelangsungan hidup Asan.

Gagal menemui bapanya, Asan bertemu dengan seorang gadis bernama Mary yang meminta tolong daripada diculik.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment