Kadar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia Dan Cara Bayar Online

Azhafizah MN
By -
4
Selain wajib berpuasa di bulan Ramadan, umat Islam yang cukup syarat juga wajib membayar zakat fitrah. Penetapan kadar zakat fitrah dikira berdasarkan kepada makanan ruji (قوت البلد) sesebuah negara. Dalam konteks negara Malaysia, makanan rujinya ialah beras dan kadar zakat fitrah adalah berbeza di setiap negeri.

Kadar Zakat Fitrah Dan Cara Bayar Online
sumber : Berita RTM

Zakat Fitrah merupakan satu kewajipan ke atas setiap muslim berdasarkan hadis Rasulullah SAW :
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌فَرَضَ ‌زَكَاةَ ‌الْفِطْرِ ‌مِنْ ‌رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِين
Maksudnya : 
Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia, satu gantang daripada kurma, atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan daripada kalangan orang Islam.—Riwayat Muslim

ZAKAT FITRAH

Zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan beragama Islam yang mampu menunaikan zakat dengan syarat-syarat yang tertentu.

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

WAKTU 

Zakat Fitrah dibayar pada bulan Ramadan sehingga lah pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil bertauliah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing dan juga secara online.

SYARAT 

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

HUKUM

Bagaimanapun, hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat.
  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.
Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1940-hukum-mengeluarkan-zakat-fitrah-pada-awal-atau-pertengahan-ramadan

Kadar Zakat Fitrah setiap negeri di Malaysia dan cara bayar Zakat Fitrah online

Pembayaran zakat fitrah boleh dibayar menerusi Amil-amil bertauliah di masjid, di bazar Ramadan, pasaraya, pasar tani dan tempat-tempat yang telah disediakan. Untuk lebih mudah, boleh dibayar secara online.

Johor

Kadar bayaran : RM7 / RM12 / RM20
Cara bayaran online :
  • Aplikasi Duit Now 
  • Pembankan internet seperti Zakat Johor Online Payment (QR Code Fastpay dan aplikasi TULUS)
  • epayment maij
  • SnapNPay

Negeri Sembilan

Kadar bayaran : RM7 / RM12.50 / RM22

Cara bayaran online :
  • www.zakatns2u.biz/fitrah

Melaka

Kadar bayaran : RM7 / RM14 / RM21

Cara bayaran online :
  • ebayar.melaka.gov.my

Selangor

Kadar bayaran : RM7 / RM14 / RM21

Cara bayaran online :
  • EZakatPay :  fpx.zakatselangor.com.my
  • Perbankan internet
  • Portal MyEg
  • Pos Online
  • Aplikasi e-dompet MAE, Touch N Go, Selangkah, GoPayz dan Boost

Perak

Kadar bayaran : RM8 / RM16 / RM24

Cara bayaran online :
  • ezakat.maiamp.gov.my
  • GoPayz
  • Shopee
  • Maybank2u
  • SnapNPay

Pulau Pinang

Kadar bayaran : RM7/ RM14 / RM21

Cara bayaran online :
  • zakatpenang2u.com

Kedah

Kadar bayaran : RM7 / RM14.50 / RM22

Cara bayaran online :
  • jom.zakatkedah.com.my

Perlis

Kadar bayaran : RM7 / RM10

Cara bayaran online :
  • www.maips.gov.my/pwa/fpx

Terengganu

Kadar bayaran : RM10 / RM22

Cara bayaran online :
  • https://ezakat.maidam.gov.my/online/

Kelantan

Kadar bayaran : RM7/ RM14 / RM21

Cara bayaran online :
  • www.e-maik.my
  • JomPay

Pahang

Kadar bayaran : RM7 / RM14 / RM21

Cara bayaran online :
  • ezakat.muip.gov.my/appZv1/
  • ezakat.muip.gov.my
  • Aplikasi PahangGo

Sarawak

Kadar bayaran : RM7.50

Cara bayaran online :
  • pelanggan.tbs.org.my

Sabah

Kadar bayaran : RM7.50

Cara bayaran online :
  • appszakat.sabah.gov.my

Wilayah Persekutuan (KL, Labuan, Putrajaya)

Kadar bayaran : RM7 / RM15 / RM22

Cara bayaran online :
  • ePay MAIWP
  • SnapNPay
  • eWallet Boost
  • JomPay
  • fitrah zakat
Jangan lupa untuk membayar zakat. Zakat membawa berkat. Zakat fitrah juga termasuk dalam pelepasan cukai.
Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Tak sama jumlah kadar zakat fitrah setiap negeri.
    Kata Encik Suami, tahun ini Sabah naik 50 sen. Semoga dengan adanya pungutan zakat akan melancarkan segala urusan berkaitan hal ehwal agama dan kemaslahatan umat Islam.

    ReplyDelete
Post a Comment