Tewas Juga

Azhafizah MN
By -
20
Sedia maklum sekarang musim panas melampau. Pendingin hawa hampir dibuka 24 jam lamanya! Jangan buat-buat terkejut pula tengok nilai bil elektrik yang perlu dibayar nanti. Berhuhu lah kita. Sejak cuaca panas awal bulan puasa haritu, saya dah mula runny nose. 

Runny nose yang datang tiba-tiba, cecair seperti air mengalir laju keluar daripada hidung. Saya fikir sebab panas dalam badan ni disebabkan cuaca panas. Srot sret srot sret jugalah berhari-hari. Encik suami suruh makan ubat selsema, loratadine.

Ubat Selsema

Berkurang sikitlah runny nose tu. Sesekali mata berair juga. Sebab panas ke sebab apa tak tahu lah. Memang elok lah makan ubat tu. Tapi dia bersifat elok sementara je. Semalam, tiba tiba rasa tekak sakit. Perit lain macam. Macam terbakar rasa tekak ni haa. Nak kata kurang minum air, taklah juga.

Mungkin sebab duduk dalam penghawa dingin lama, dia jadi hydrated. Tak pasal-pasal pula sakit tekak tapi tak batuk sangat. Sesekali je batuk datang. Sahur pagi tadi makan ubat batuk, bagi lega sikit tekak tu.

Lepas encik suami pergi kerja, terus tertidur sebab ubat batuk tu mengantuk ya amat! Alhamdulillah bangun tidur rasa lega sikit tekak ni. Bila batuk, berkahak hijau pekat likat pula yang keluar. Suara pun kalah suara rocker.

Harap cepat baiklah sakit tekak dan selsema tu. Harap juga cuaca tak panas sangat. Tapi dengar kata panas sampai pertengahan April. Harap tak berlanjutan sampai ke April lah kan.

Kalau hujan, sekejap sangat hujannya. Lepas tu membahang semula. Dugaan awal bulan puasa ni dengan cuaca yang panas melampau. Kalau tak silap, 2 hari lepas bukit Broga pun terbakar akibat cuaca panas.

Mujurlah hanya sekadar runny nose dan sore throat saja. Dia tak lajak ke demam. Kalau tidak lagilah tak larat. Harap tak melarat lah sampai demam. Mungkin masanya untuk berehat seketika.

Post a Comment

20Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Banyakkan minum air masak. Sekarang cuaca sangat tak menentu. Kalau panas, panas membahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang banyak minum air masak lepas berbuka sampailah sahur. Tapi tulah, asyik ke toilet pulak kesannya. Ye, bahang lain macam betul kan.

      Delete
  2. kalau berlanjutan kenalah pergi klinik ambil antibiotik.
    husband ammi siap siram bumbung rumah dan jalan depan rumah guna paip getah...bulan ni siaplah...bil letrik dan bil air pun sama naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ammi. Siap siram bumbung rumah tu. Itulah tu, get ready lah kita dengan bil elektrik dan bil air yang naik nanti.

      Delete
  3. amalkan vitamin C, Fizah. semoga cepat sembuh. Sal pun nyaris demam. di rumah panas, di pejabat pulak terlampau sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya banyak juga minum air honey lemon tu Sal. Sangat membantu hilangkan batuk. Tapi tulah, malam dia okay sebab boleh minum.
      Macam tu kadang boleh jadi juga sebab perubahan panas sejuk tu. Syukur tak ke tahap demam.

      Delete
  4. Betul kalau hujan hanya sekejap tu lagi panas . Membahang lagi rasanya . Kat perlis dah banyak bulan tanpa hujan . Kering kontang semua . Pokok-,pokok tepi jalan mahupun pokok-pokok landskap banyak yang dh kering & mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kalau hujan kejap akan terasa bahang tu lagi panas. Ada dengar juga sampai 40 degree kalau tak silap kan. Kering tu pun dah rasa teruk sangat. Ada lagi teruk sampai terbakar.

      Delete
  5. tambah pula bulan puasa ni kita nak minum air masak banyak siang hari tak boleh,minum air lepas berbuka banyak mana sangat blh minum kan...kena berkurung dalam rumah je lah fiza,dekat luar memang panas perit kulit..moga cepat sihat fiza,raya nanti macam mana la kita kan kalau panas terik macam ni tak sanggup nak keluar berjalan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dugaan berpuasa kan. Tak boleh nak minum air suam masak siang. Kena pulun minum malam. Dah tu asyik ke toilet pulak kerjanya. Sabar je lah bila sakit ni. Ya, memang berkurung je ni. Tak larat nak keluar rumah panas camni.
      Aamiin..Terima kasih doakan. Saya pun fikir macam tu juga. Rasa nak duduk rumah je kalau cuaca panas masa raya.

      Delete
  6. syafakillah fiza
    so hari ni mcm mn?
    dah krg sikit ke?
    or masih tak berubah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anies.
      Alhamdulillah...getting better.
      Dalam proses nak sembuh nampak gayanya. Harap cepatlah baiknya.

      Delete
  7. Banyakkan minum air masak ya
    Makan ubat
    Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. Memang panas membahang.
    Menjelang tengah hari, nampak merah padam muka budak-budak dalam kelas. Tidak boleh kita samakan panas hari ini dengan panas yang pernah kita rasai dulu. Sekarang lapisan ozon semakin menipis. Bukan sahaja berasa panas di wajah atau bahagian tubuh yang terdedah ketika berada di bawah pancaran matahari tetapi panasnya terasa sampai ke dalam tubuh!
    Kak Amie dah mulakan semula minum air mata kucing untuk kurangkan panas.
    Semoga Fizah cepat sembuh. Jaga kesihatan dan banyakkan berehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panasnya tu tak tahan sungguh rasa. Kita yang dewasa tak tahan, apatah lagi budak-budak yang sedang berpuasa tu. Betul tu Kak Amie. Dulu panas lain. Sekarang banyak pokok diterbang, salah satu faktor juga tu. Okay juga tu kan minum air mata kucing untuk kurangkan panas. At least kurang sikit rasa panas dalam tu.
      Aamiin... Terima kasih kak Amie untuk doanya.

      Delete
Post a Comment