Drama Lelaki Itu (TV3)

Azhafizah MN
By -
12
Drama Lelaki Itu mula bersiaran pada 19 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10:00 malam di Slot Samarinda TV3 dan online strim menerusi platform Tonton atau aplikasi Tonton.

Drama Lelaki Itu
sumber : Drama Sangat

Drama ini merupakan karya sutradara Along Kamaluddin bersama Nur Sharif terbitan Rumah Karya Citra yang nukilan skripnya ditulis oleh Eirma Fatima. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Sophia AlBarakbah, Fadlan Hazim, Ameerul Asyraf dan ramai lagi.

INFO DRAMA LELAKI ITU

Jumlah episod : 30
Mula siaran : 19 Mac 2024
Waktu siaran : Isnin - Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Strim online : Tonton
Penulis skrip : Eirma Fatima
Pengarah : Along Kamaluddin & Nur Sharif
Produksi : Rumah Karya Citra

PELAKON DAN WATAK

  • Datuk Adi Putra sebagai Syed Mirza
  • Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Sharifah Qaidah
  • Nur Fazura sebagai Imani
  • Nabila Huda sebagai Sarina
  • Aedy Ashraf sebagai Khairullah
  • Hannah Delisha sebagai Batrisya
  • Nadia Brian sebagai Sharifah Baiyinah
  • Sophia AlBarakbah sebagai Sharifah Bahiyah
  • Fadlan Hazim sebagai Amin
  • Ameerul Asyraf sebagai Imran

SINOPSIS

Mengisahkan tentang seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya. Syed Mirza telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah, seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Namun, kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong.

Ikuti kisahnya dalam Drama Lelaki itu di TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10:00 malam.

LAGU TEMA (OST)

Tajuk laju : Dulu, Kini & Akhirnya
Penyanyi : Marsha Milan
Komposer & Lirik : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K.

Post a Comment

12Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. mlm ni start...mmg kena tgk sbb ada fav actor adi putra

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ya, hebat hebat pelakon yang berlakon dalam drama ni.

      Delete
  3. Tak sabar tunggu malam ni episod satu kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, malam ni episod 1. Ada masa lebih tarawih tu bolehlah layan sekejap. hihi...

      Delete
  4. rasa nak tengok sebab ada Sarimah. haha. suka tengok dia berlakon dalam Janji Diana dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penampilan yang dinantikan. Lama sungguh dia tak muncul sebagai pelakon. Dia baru come back dengan mengacara. Tahu tahu berlakon pula.

      Delete
Post a Comment