Koleksi Ucapan, Salam Ramadan Dan Pantun Selamat Berpuasa 1445H/ 2024M

Azhafizah MN
By -
14
Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia iaitu 1 Ramadan/ Ramadhan 1445H telah ditetapkan pada hari Selasa, 12 Mac 2024 yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam tadi.

Selamat datang Ramadan 1445H!

Ramadan 1445H/ 2024M

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Ramadan/ Ramadhan dan berpuasa pada hari esok. Maka, malam ni kita akan mula menunaikan ibadah solat terawih.

Dengan izin Allah, kita berpeluang bertemu Ramadan kali ini. Alhamdulillah. Peluang ini juga di ambil untuk mengucapkan Selamat berpuasa, Salam Ramadan, Selamat menyambut Ramadan kepada ahli keluarga, saudara mara dan juga rakan taulan. 

Selain ucapan, marilah kita saling bermaafan sesama kita agar dapat menjalani ibadah di bulan Ramadan dengan tenang dengan segala keberkatan. InshaAllah...Aamiin...

Berikut contoh koleksi ucapan, Salam Ramadan Dan pantun selamat berpuasa 1445H/ 2024M yang boleh dijadikan ucapan atau caption di laman media sosial masing-masing.


Ucapan Salam Ramadan, Selamat menyambut Bulan Ramadan 1445H/ 2024M

Ucapan 1
Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ramadan tempatnya kita belajar mengendalikan diri.
Inilah saatnya untuk kita jujur pada diri sendiri.
Marhaban Ya Ramadan

Ucapan 2
Dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin memohon maaf seikhlas hati. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan.

Ucapan 3
Marhaban ya Ramadan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadan kembali menjelang.
Salah dan khilaf mohon dimaafkan, Selamat menunaikan ibadah puasa tahun 1445H/ 2024

Ucapan 4
Selamat menunaikan ibadah puasa. Tiada kemenangan tanpa zikrullah. Tiada amal tanpa keikhlasan. Tiada ampunan tanpa maaf dari sesama kita.

Ucapan 5
Mengharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang ucapan ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir. Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadan datang. Saya mohon maaf zahir dan batin

Ucapan 5
Ramadan menjelma kembali. Semoga setiap saat di bulan Ramadan dapat dimanfaatkan dengan amal ibadah yang menatijahkan ganjaran sebesarnya buat kita semua. Semoga Allah SWT mengangkat martabat kita ke martabat Muttaqin.

Ucapan 6
Bulan Ramadan bakal tiba. Siapkan hati untuk mendekatkan diri padaNya. Marhaban Ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADAN lah pemutihnya,
Mohon maaf zahir batin. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Ucapan 7
Kerana Gelap malamMU ku terjaga,
KeranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU,
Kusambut pemberianMU, dengan harapan kudapat kerinduanMu.
Selamat menunaikan Ibadah Puasa.

Ucapan 8
Selembut embun di pagi hari. Tengadah tangan sepuluh jari. Ucapkan salam setulus hati. Selamat menyambut bulan Ramadan dan menunaikan ibadah puasa.

Ucapan 9
Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf, Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna. Di bulan yang suci ini mari kita bermaaf-maafan supaya tiada dendam dan hasad dengki.
Marhaban ya Ramadan, Mohon maaf zahir dan batin.

Ucapan 10
Bulan Ramadan telah menjelma. Sebuah kesempatan untuk meraih maghfirah-Nya. Mari kita bersihkan hati untuk sambut Ramadan yang suci ini. Mohon maaf atas segala salah dan khilaf serta janji yang terabai. Selamat menyambut bulan Ramadan dan menunaikan ibadah puasa.

Ucapan 11
CINTA datang dan pergi tanpa di duga,
KASIH SAYANG datangnya tanpa terasa,
HATI berkata tanpa dusta,
Datangnya bulan RAMADAN adalah RAHMAT,
Marilah kita menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG.

Ucapan 12
Bulan Ramadan bulan yang suci,
Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi,
Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa,
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan 1445H/ 2024.

Ucapan 13
Perkataan yang indah adalah ALLAH,
Lagu yangg merdu adalah AZAN,
Media yang terbaik adalah AL-QURAN,
Senam yang sihat adalah SOLAT,
Diet yang sempurna adalah PUASA,
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU,
Perjalanan yang indah adalah HAJI,
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA dan TAUBAT,
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa. Aamiin...

Ucapan 14
Tiada kebahagiaan tanpa syukur,
Tiada rasa syukur tanpa sabar,
Tiada sabar tanpa maaf.
Marhaban ya Ramadan,
mohon maaf zahir dan batin.
Selamat menunaikan ibadah puasa

Ucapan 15
Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf,
Yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin memohon maaf seikhlas hati.
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan 1445H/ 2024

Ucapan 16
Manusia tak pernah Lari dari Salah dan khilaf,
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna,
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan,
Agar tiada dendam dan hasad dengki,
Marhaban ya Ramadan,
Mohon Maaf Zahir dan Batin

Ucapan 17
Matahari Berzikir,
Angin bertasbih dan pepohonan memuji keagunganNYA.
Semua Menyambut datangnya malam seribu bulan.
Selamat datang Ramadan, selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Zahir dan Batin

Ucapan 18
Indah malam kerana bintang,
Indah taman kerana bunga,
Indah cinta kerana kasih sayang,
Indah hidup kerana silaturahim,
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadan dengan ibadah.

Pantun Salam Ramadan/ Selamat Berpuasa 1445H/ 2024

Pantun 1
Kalau siang ada matahari,
Kalau malam ada bintang dan bulan,
Mari kita mensucikan hati,
Untuk menyambut bulan suci Ramadan

Pantun 2
Negeri Melayu adat terpandang
Syariat Islam jadi pegangan
Kini Ramadan mulai menjelang
Salah dan khilaf mohon di maafkan

Pantun 3
Lebih baik baca Al-Quran,
Daripada bergosip tentang orang,
Selamat menyambut bulan suci Ramadan,
Untuk engkau yang kusayang

Pantun 4
Rumah limas di kota lama,
terhias indah lampu pelita.
Bulan Ramadan bakal menjelma,
Detik suci ampun dipinta.

Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Tiada kebahagiaan tanpa syukur,
    Tiada rasa syukur tanpa sabar,
    Tiada sabar tanpa maaf.
    Marhaban ya Ramadan,
    mohon maaf zahir dan batin.
    Selamat menunaikan ibadah puasa buat fiza dan keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf juga jika ada salah dan silap. Selamat berpuasa KakYan dan keluarga.

      Delete
  2. Salam Ramadan Al Kareem buat Fizah dan Encik Suami.
    Selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  3. Ramadhan Kareem dan selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  4. padang rumput tumbuh pandan
    selamat menyambut bulan ramadan
    🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  5. Banyak koleksi ucapan selamat berpiasa yang kita boleh guna pakai . Terima kasih kongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, siapa kreatif bolehlah create ucapan baru. Tak ada idea, guna yang sedia ada ni je.

      Delete
Post a Comment