Drama Wanita Syurga (TV3)

Azhafizah MN
By -
6
Drama Wanita Syurga, drama terbaharu TV3 di slot Akasia bersiaran mulai 15 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6:58 petang. Juga boleh tonton secara penstriman langsung menerusi platform Tonton atau aplikasi Tonton.

Drama Wanita Syurga

Drama ini merupakan karya sutradara Muhamad Riza Baharudin terbitan Zamriez Golden Pictures dan skrip ditulis oleh Sophilea bersama Shaza Talib.

Ia sebuah kisah seorang isteri yang kuat dan tabah mengharungi kehidupan apabila suaminya curang dan berkahwin dengan penyondol rumah tangganya.

DRAMA WANITA SYURGA

Jumlah episod : 35
Mula siaran : 15 Mac 2024
Waktu siaran : Isnin - Jumaat, jam 6:58 petang
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Strim online : Tonton
Penulis skrip : Sophilea & Shaza Talib
Pengarah : Muhamad Riza Baharudin
Produksi : Zamriez Golden Pictures

PELAKON DAN WATAK

Siti Khadijah Halim, Redza Rosli. Riena Diana, Nazim Othman, Marisa Yasmin, Zamarul Hisham, Shah Iskandar, Wan Sharmila, Amyza Aznan, Syazuwan Hassan, Puteri Khareeza, Syamim Farid, Annie Mosha, Arieana Mikayla
  • Siti Khadijah Halim sebagai Ardini Zahira
  • Redza Rosli sebagai Amar Ilhami
  • Riena Diana sebagai Farah Ilyani Mokhtar
  • Nazim Othman sebagai Luqman
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Faizah

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Ardini yang ikhlas menjadi isteri kepada Amar, seorang lelaki yang dicintainya. Namun ketika cintanya dikhianati dia juga harus bersedia kehilangan kedua-dua anaknya iaitu Wana dan Warith.

Kisah bermula apabila Ardini meninggalkan kerjayanya sebagai pereka dalaman semata-mata untuk memberi tumpuan kepada keluarganya. Kehidupan Ardini dan Amar bahagia di samping dua cahayamata mereka iaitu Wana dan Warith. 

Namun, langit tidak sentiasa cerah, sehingga kemunculan orang ketiga, Farah. Amar dan Farah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, kehidupan Ardini dan anak-anaknya tidak dihiraukan oleh Amar yang melebihkan Farah kerana dia seorang yang bekerjaya.

Ardini mendapat sokongan Puan Faizah, ibu mentuanya menjalani masalah rumah tangganya. Ardini bangkit semula untuk mempertahankan haknya sebagai seorang ibu. Kedatangan Luqman, peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah. 

Mampukah Ardini mendapatkan semula haknya yang hilang? Ikuti kisahnya dalam Drama Wanita Syurga di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:58 petang.

LAGU TEMA (OST)

Tajuk lagu : Masihkah Ada Rasa Itu
Penyanyi : Misha Omar

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Aduh!! Berkorban kerjaya tapi suami cari wanita berkerjaya.. Ish.. ish..

    ReplyDelete
  2. Nak kena follow drama ni . Suka tengok redza rosli & ct khadijah ni belakon .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat Redza & Siti Khadijah lah ni ye. Selamat menonton.

      Delete
  3. Replies
    1. Kesian sungguh lah jadi isteri kepada suami yang tak bersyukur ni. Kann...

      Delete
Post a Comment